Khalid Ibrahim Diberi Kata Dua Oleh Pakatan Rakyat
oleh MSO
EKSKLUSIF
Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim berdepan dengan desakan boleh mengangu pemikirannya dan juga kestabilan kerajaan Selangor sekiranya beliau tidak memberi perhatian menyelesaikan beberapa isu di dalam pentadbirannya. Desakan itu mungkin sampai beliau terpaksa berundur dari kerusi MB Selangor.
Katanya Khalid telah diberi kata dua dan tempoh tiga bulan bagi menyelesaikan masalah dan melendikkan keadaan di Selangor. Orang-orang politik termasuk peringkat tertinggi ketiga-tiga parti, PKR, Pas dan DAP sudah sepakat tidak dapat menahan sabar lagi dengan Khalid dan satu tindakan tegas perlu dibuat.
Walaupun sudah beberapa kali peringatan dan arahan diberikan termasuk oleh Penasihat PKR Anwar Ibrahim sendiri, tetapi Khalid katanya tetap dengan stailnya. "Dia hanya angguk di hadapan sahaja, tetapi tidak pernah menurut apa yang pihak eksekutif parti kehendak," begitulah komen seseorang. Memahami situasi itu jelas Khalid seorang yang tidak mudah patuh kepada kehendak pihak lain walaupun partinya sendiri.
Tempoh tiga bulan diberikan kepada Khalid bermula September ini. Beberapa masalah yang terdesak sekarang ini ialah berhubung perlantikan beberapa jawatan lantikan politik. Salah satu ialah perlantikan penyelia atau pengarah untuk mana-mana kerusi yang tidak dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
Kelengahan beliau dalam membuat lantikan ini dilihat sebagai kelemahan dan kurang perhatin Khalid kepada lantikan politik dalam kata lain beliau tidak suka melayan kehendak orang politik berlebih-lebihan.
Sikap dan budaya kerja Khalid yang lebih mirip kepada korporat dan sebagai CEO syarikat inilah tidak berapa dipersetujui oleh orang parti kerana mereka yang berhadapan dengan tuntutan rakyat secara langsung.
Rasa tidak puas hati kepada kerenah pentadbiran Khalid itu bukan saja dari PKR tetapi Pas dan DAP juga. PKR sebelum ini sudah pun menggurkan nama Khalid sebagai MB tetapi disebabkan masalah dalaman yang ada perkaitan dengan perkenan Sultan menyebabkan namanya disenarai semula.
Dalam perkebangan lain khabarnya PKR dan DAP sedia memberi laluan kepada Pas untuk memilih calon bagi menggantikan Khalid sekiranya Khalid tetap berdegil dan tidak dapat menyelesaikan beberapa tunutan. -mso
Tiada ulasan:
Catat Ulasan