02 Ogos 2013

Panas ! Blogger Sekolahkan Muhkriz Tentang Isu Kuin......

Ini jawapan tentang sejarah Kuin semasa kerajaan Pakatan memerintah , wajar diperhalusi oleh kerajaan baru agar berfikir panjang tentang perancang dan pembangunan .

Jadi kalau kita malas menyelidik dan hanya mendengar pendapat orang sebelah parti mungkin kita akan berfikiran emosi.

Tulisan blogger mummy rokiah dibawah ada betulnya kita harus menyelesaikan permasalahan KUIN bukan kerana Politik tetapi.......


Kedah Mahu Selesai Masalah Kuin Tanpa Unsur Politik - MB



ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan memberi perhatian kepada kebajikan pelajar dan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dalam menangani pelbagai masalah yang berlaku di kolej universiti milik kerajaan negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri mahu menyelesaikan masalah Kuin satu persatu tanpa ada sebarang unsur politik.

Beliau agak terkilan kerana ada pihak tertentu yang cuba memperlihatkan dan menimbulkan sesuatu yang ditolak oleh warga Kuin.


"Kerajaan negeri nak jaga kepentingan seluruh rakyat negeri ini. Jika ada sebilangan pelajar yang tak puas hati nak kena pindah dari (kampus induk) Kuala Ketil (ke kampus lama di Mergong), itu bukan keutamaan kita.

"Sebelum ini mereka telah kemukakan memorandum (berkenaan pelbagai masalah) di Kuin Mergong. Mereka (pelajar dan warga Kuin) tak perlu bimbang kerana kita telah sediakan kemudahan kelas dan asrama yang mencukupi (di Mergong)," katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan mesra di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman di sini. -1hb Ogos 2013



INI LAH KELAS YANG DIJANJIKAN BILA PELAJAR KULIYYAH MUAMALAT BALIK KE MERGONG : 1) SEMPIT ,2) BILIK KECIL ,3) FASILITY TIDAK MENCUKUPI ,4) PANAS

MAHASISWA, ANDA BIJAK MENILAINYA.


Gambar: INI LAH KELAS YANG DIJANJIKAN BILA PELAJAR KULIYYAH MUAMALAT BALIK KE MERGONG : 
 
1) SEMPIT
2) BILIK KECIL
3) FASILITY TIDAK MENCUKUPI
4) PANAS

MAHASISWA, ANDA BIJAK MENILAINYA.

"MUMMY ROKIAH HARUS MEMBUAT PENYELIDIKAN MENDALAM SOAL KUIN"- Anom 

Komen : Anonymous July 31, 2013 at 1:12 AM

Salam Ramadhan Mummy!!! Saya setuju apa yang Mummy tulis dan arah tuju Mummy yang menyokong kuat Dr Jamil yang pernah Mummy tuliskan dulu.
Oklah Mummy itu hak Mummy berpandangan. Mummy harus membuat penyelidikan mendalam soal KUIN yang berpindah ke Kuala Ketil.

Jangan babitkan Pentadbiran Negeri dalam soal ini kerana Pentadbiran waktu perancangan KUIN di Kuala Ketil telah tidak bersetuju dengan rancangan pembinaan Kampus KUIN di Kuala Ketil tersebut kerana kekurangan kewangan kerajaan.

Tetapi diteruskan juga oleh Kerajaan Negeri waktu itu konon untuk menunjukkan Kerajaan berupaya. Bila ditanya di dalam Dewan Negeri senang sahaja jawaban yang diberi.Kalau mereka terus memerintah mereka tahu untuk membayar hutang yang dibuat itu tetapi jika tidak memerintah terpulang kepada kerajaan yang ada.

Mummy!Jangan dibandingkan dengan IPTS yang lain kerana yuran yang dikenakan antara KUIN dan IPTS lain macam langit dengan bumi bezanya.Cuba naikkan yuran KUIN kalau tidak bergegar penentangnya.Ini sebenarnya masalah KUIN.Perkhidmatan dan segalanya mesti first class tapi bab yuran tiada class.

Cuba Mummy bandingkan semasa KUIN bertumpu kepada pengajian yang berkisar tentang Ilmu Islam seperti awal penubuhannya.KUIN terpaksa menolak kemasukan pelajar baru kerana model yang diikut adalah Universiti Al Azhar. Bila terlalu banyak pusat pengajian baru ditubuhkan maka ianya umpama kain selimut pendek.Pandai mengurus ni Mummy bukan dilihat pada degree apa dia miliki tetapi tergantung banyak pada niat seseorang itu.

Banyak kepincangan berlaku diKUIN.Bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi kebenaran itu boleh dibuktikan dengan angka dan fakta.Ustaz Azizan betul dengan impiannya tetapi pelaksananya menjahanamkan kepercayaan dan impian Uztaz Azizan.Kesian Uztaz Azizan.Sememangnya telah dinasehati Kerajaan dahulu supaya ditangguhkan dahulu pembangunan KUIN di Kuala Ketil kerana masalah kewangan Kerajaan Negeri tetapi tidak diikuti. Jadinya Mummy jangan salahkan Pentadbir kerana seorang Pentadbir hanya boleh menasehati pembuat dasar.

Selamat hari raya Mummy...

RESPON MR :-

Puan Anom July 31, 1:12 AM,

Terima kasih di atas respon puan, ada beberapa perkara yang diketengahkan sama-sama dapat kita ambil iktibar. Jika terdapat kesalahan kerajaan dahulu seharusnya kerajaan yang baru ambil alih tidak mengambil jalan mudah dengan memajak apa juga asetnya.


Kalau nak dikira kegagalan berapa banyak dasar kerajaan persekutuan juga yang gagal malah di ’bailout’ lagi.

1.“Mummy yang menyokong kuat Dr Jamil” – Apa juga tanggapan saya terima. Tetapi biar kita rasional dalam hal ini. Dapatan kajian awal saya Dr Jamil terlibat secara tidak langsung dalam Kolej Insaniah ketika beliau masih menjawat jawatan Timbalan Rektor di UIA dan ketika itu beliau juga aktif dalam Persatuan Anak-Anak Kedah atau ADAM (Anak Darul Aman yang terdiri dari kumpulan anak-anak Kedah di perantauan eg Kuala Lumpur).

Persatuan ini mempunyai hubungan rapat dengan MB Kedah ketika itu Datuk Seri Syed Razak dan banyak memberi buah fikiran kepada Syed Razak.

Salah satu nya ialah untuk dinaikkan taraf Kolej Insaniah kepada University College maka Dr Jamil menyahut cabaran ini dan berusaha membantu sehingga diiktiraf sebagai Kolej Universiti Insaniah.

Apabila Kerajaan PAS mengambil alih, MB Ustaz Azizan telah menghubungi Presiden UIA ketika itu Tan Sri Sanusi Junid untuk mengambil Dr Jamil mentadbir KUIN setelah mengetahui penglibatan Dr Jamil melalui ADAM dan Tan Sri Sanusi telah memberi sokongan di atas pelantikan beliau dan melepaskan Dr Jamil dari UIA.

2.“KUIN yang berpindah ke Kuala Ketil”- Keputusan pemimpin ada ketika tesurat dan ada ketika tersirat. Banyak keputusan Tun M yang tersirat e.g apabila beliau membuat keputusan untuk menubuhkan UUM di Sintok ketika itu kawasan ‘jin bertendang’. Ramai yang bantah dan jauh sekali jika dinilai dari segi ‘financial viability’ kalau keuntungan yang dicari. Tetapi lihat hasilnya hari ini Sintok yang satu ketika merupakan 'Ghost Town' telah tercatat nama bandar nya di Harvard.


3.“yuran yang dikenakan anatara KUIN dan IPTS lain macam langit dengan bumi bezanya.”- Keuntungan sesebuah universiti adalah dari yuran program-program post graduate; Master dan Doctorate. Untuk menganjur program ini tenaga pengajarnya harus lah berkelayakan seperti jumlah Professor dsbnya.

Difahamkan KUIN telah mendapat tenaga dari beberapa orang Professor Emeritus yang sanggup berkhidmat untuk anak Kedah kerana mereka juga anak Kedah e.g Professor Emeritus Dr Amir Awang- yang terkenal dari USM malah terkenal di luar negara juga, khasnya kalangan Universiti ternama.

Universiti swasta sanggup menawarkan bayaran lumayan kepada mereka ini tetapi di atas kecintaan sbg anak jati Kedah, Melayu dan Islam mereka sanggup berkhidmat di KUIN. (Lim Kok Wing sanggup beli untuk dapatkan Prof Emeritus padahal beliau bukan pun dari kalangan academician) sebab itu adalah nilai sesebuah universiti bukan bangunannya tetapi 'softwarenya' otak-otak kesarjanaan tenaga pengajarnya.

4. Sebab itu saya berpendapat KUIN mesti dinaikkan taraf kepada universiti penuh supaya mendapat peruntukan yang lebih dari Kerajaan Persekutuan dan dapat menghasilkan kajian-kajian tersohor yang akan menjadi rujukan dunia Islam di rantau ini dan graduannya kelak adalah produk yang bertaraf dunia.

5. Dari sudut pandangan politik:- Dulu semua pihak menentang cadangan penubuhan Universiti Merdeka yang ingin ditubuhkan oleh kerjasama kaum Cina MCA dan DAP kini hasil dari liberalisasi pendidikan, mereka telah berjaya jauh kehadapan lebih dari itu malah telah berapa banyak peruntukan telah disalur oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kolej Tunku Abdul Rahman dan Universiti Tunku Abd Rahman yang semuanya pelajar Cina . Sebaliknya kita masih lagi bergelut sesama sendiri di atas satu isu yang cetek.

6.Penjelasan saya yang ringkas ini adalah demi orang Islam dan Melayu Kedah.


WASSALAM. "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan