18 Ogos 2013

Kejatuhan Mursi Kerana Peranan Media Tamarrod Dan pembangkang....

Penguasan media  memainkan peranan utama untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat, segala cerita-cerita bohong akan kelihatan benar jika diulang-ulang......


JENDERAL Abdel Fattah al-Sisi menjadi orang nomor satu di Mesir terkait pembantaian rakyat Mesir saat ini. Menurut dr. Hasam As-Sisi, sepupu As-Sisi, ada beberapa hal tentang al Sisi. Dr Hasam adalah seorang dokter bedah gigi yang menetap di London.

Dr Hasam menyampaikan informasi seputar As-sisi yang selama ini tidak banyak diketahui publik :


Al-Sisi menikah dengan Nahad Nur. Nahad adalah saudara perempuan Thariq Nur. Pernikahan tersebut dijembatani secara pribadi oleh Suzan Mubarak. Suzan, tentu saja istri dari Hosni Mubarak.

Thariq Nur adalah pemilik stasiun televisi Al-Qahirah dan An-Nas. Selain itu, dia juga pemilik saham kebanyakan stasiun televisi. Hanya televisi Aljazeera saja yang menolak menerima tawaran saham menggiurkan darinya. 

Thariq Nur adalah pemimpin sebenarnya Lion Club Mesir.

Thariq Nur menikah dengan seorang wanita Kristen Koptik yang dekat dengan Paus Koptik dan Naguib Sawiris—pengusaha dan menteri di era Mubarak.

Thariq Nur dan Sawiris adalah penyokong dana utama bagi gerakan Tamarrod.

Para wartawan dan penggiat media berkumpul dengan Thariq Nur dan Sawiris di salah satu klub malam yang dimiliki Thariq Nur. Dalam kesempatan itu, mereka menyepakati langkah-langkah kudeta 3 Juli 2013 terhadap Muhammad Mursi.

Al-Sisi adalah tangan kanan Mubarak untuk mendapatkan informasi tentang militer Mesir. Dia sendiri yang menyampaikan laporan berkala kepada Mubarak; setiap hari Ahad, Selasa, dan Kamis. Dialah yang bertanggung jawab dalam pengamanan Mubarak.

Al-Sisi adalah tokoh yang dipaksakan Dewan Militer agar Presiden Mursi menjadikannya menteri pertahanan, kalau Presiden Mursi hendak mengganti Thanthawi dan Anan.
 [islampos/dakwatuna]

Usaha Mursi yang disembunyi

DR MASZLEE MALIK

Bahagian Pertama

Semenjak penggulingan presiden pilihan rakyat Mesir, Dr Mohamed Mursi pada 3 Julai lepas, lebih 300 nyawa terkorban, lebih 2,000 yang lain cedera, manakala lebih 1,700 individu ditahan tanpa bicara termasuk presiden Mesir yang pertama dipilih secara demokratik.

Bagi ramai pihak di Mesir, mereka melihat konflik berlaku adalah rampasan kuasa pihak tentera yang disokong golongan Tamarrod daripada rakyat Mesir yang telah memberikan legitimasi kekuasaan kepada Mursi dan Kabinet yang dibentuknya.

Bagi pihak tentera dan Tamarrod pula, penggulingan Mursi merupakan satu langkah demi menyelamatkan sistem demokrasi yang telah dicabul oleh Mursi dan kumpulan Ikhwanul Muslimin dengan beberapa tindakan mereka yang telah mencemarkan mandat rakyat kepada mereka.

Maka, untuk menjustifikasikan hujah mereka yang telah menyebabkan perhimpunan kemuncak pada 30 Julai lalu, dua isu utama ditimbulkan, pertamanya kegagalan Mursi untuk memulihkan keadaan sosioekonomi Mesir, dan yang keduanya, usaha licik Mursi dan Ikhwan untuk membolot semua kuasa di Mesir (Ikhwanatu Misr atau mengikhwankan Mesir) untuk menegakkan agenda radikal mereka yang tidak menjaga kepentingan golongan minoriti.

Maka, demi menyelamatkan Mesir dari diperintah oleh golongan radikal, mereka terpaksa keluar beramai-ramai memaksa agar Mursi meletakkan jawatan walaupun setelah memenangi Pilihan Raya Presiden setahun lalu dengan undian hampir 52%, dan walaupun belum cukup tempoh mandat diberikan kepadanya. Persoalannya, apakah benar Mursi gagal dan apakah benar beliau menjadi alat kepada Ikhwan untuk membolot semua kuasa di Mesir?

Gagal pulih ekonomi?

Hakikatnya, Mursi menerima bebanan yang terlalu besar daripada rejim Mubarak untuk diperbaiki. Amat mustahil untuk menyelesaikannya dalam tempoh setahun. Sewaktu mengambil tampuk pemerintahan, Dr Mursi terpaksa menanggung hutang kerajaan Mesir yang lepas dianggarkan sebanyak 1,300 billion Egyptian Pound. Sewaktu Dr Mursi mengambil alih tampuk kepimpinan, seramai lima juta rakyat Mesir tidak memiliki tempat tinggal; kadar rakyat yang keciciran pelajaran melebihi 30 juta orang; tujuh juta ibu tunggal rata-ratanya tidak ada pekerjaan tetap dan mengharapkan sepenuhnya bantuan kerajaan. Ini hanya secebis dari isu sosioekonomi di Mesir, ribuan lagi masalah terpaksa Mursi hadapi dalam menjadikan Mesir negara stabil.

Malangnya, dalam keadaan getir seperti itu, pihak liberal, elitis sekular dan saki-baki rejim Mubarak menangguk di air keruh. Semenjak setahun Mursi dipilih rakyat, golongan pembangkang tidak pula berusaha untuk bersama dengan beliau membangunkan negara, jauh sekali menghargai apa telah beliau dan Kabinetnya lakukan. Apa yang berlaku sepanjang setahun pemerintahan beliau, kumpulan pembangkang hanya berjaya melakukan 50 kempen besar-besaran untuk memburuk-burukkan Mursi, di samping penghinaan dan ejekan setiap hari di media milik mereka. Dalam tempoh setahun pihak pembangkang mengadakan sebanyak 7,709 protes di seluruh Mesir sehingga merencatkan pembangunan; sebanyak 24 kali seruan untuk perhimpunan sejuta rakyat agar keluar ke jalan mendesak Mursi untuk meletakkan jawatan bermula beberapa minggu selepas Mursi dilantik. Pemimpin dan kerajaan manakah yang boleh bertahan dalam keadaan seperti ini? Hanya kerajaan diktator sahaja mampu mengendalikan kegilaan mereka yang gila kuasa seperti ini. Namun, IM tidak sekali-kali akan menggunakan kuku besi dan juga kuasa diktator, kerana ia bertentangan dengan prinsip asas gerakan tersebut - menentang keganasan dan sistem kuku besi!

Kegagalan pihak Liberal dan Tamarrod secara amnya untuk menerima perbezaan dan menghormati mekanisme demokratik menunjukkan pihak sekular dan liberal di Mesir tidak demokratik. Hal ini jelas terlihat pada perancangan lama dan juga bersepadu mereka untuk menjatuhkan IM dan Mursi semenjak keputusan Pilihan raya Parlimen dan juga semenjak hari pertama Mursi dilantik. Antara hujah mereka, golongan Ikhwanul Muslimin ingin menjadikan Mesir negara teokratik, maka IM berusaha meng’Ikhwan’kan Mesir dengan menguasai kesemua institusi kerajaan. Mereka juga menuduh IM memonopoli penggubalan perlembagaan agar Mesir tidak bersikap sekular, walaupun dalam kumpulan penggubal perlembagaan yang telah dibentuk oleh Parlimen, ia dianggotai oleh semua aliran, termasuk golongan liberal, sekular, Kristian dan sosialis.

Akhirnya, hujah paling ampuh untuk menggulingkan kuasa dengan mengatakan Mursi gagal memulihkan ekonomi Mesir, dan juga tidak mampu memerintah Mesir. Persoalannya, jika Mursi ada kelemahan sekalipun, ia bukanlah alasan kukuh beliau digulingkan sewenang-wenangnya. Hakikatnya, tiada presiden mampu mengubah sebuah negara pasca-revolusi dalam sekelip mata. Persoalan lagi, apakah benar Mursi gagal melakukan apa-apa perubahan untuk menyelamatkan Mesir?

Benarkah Mursi gagal?

Terdapat beberapa mitos berkaitan tempoh pentadbiran Presiden Mursi yang sering dijaja pihak Tamarrod. Antara paling popular ialah keadaan ekonomi Mesir semakin teruk pada zaman Mursi. Hal ini dapat dilihat secara kasar pada krisis bekalan petrol, bahan bakar dan elektrik di seluruh Mesir, terutama di Kaherah. Antara yang sering ditimbulkan juga ialah tahap ekonomi keluarga di Mesir juga semakin parah setelah revolusi dan setelah Mursi menjawat jawatan presiden.

Malangnya, kebanyakan tuduhan ini sama ada tidak berdasarkan bukti dan angka-angka yang rasmi, ataupun ia berdasarkan angka-angka yang dimanipulasi untuk menjustifikasikan tuduhan mereka. Hal ini telah segera dibalas semula oleh pihak kerajaan pimpinan Mursi dan juga mereka yang terlibat. Ini dapat dilihat dalam laman web (http://www.morsifirstyear.com/en/) yang dibangunkan oleh para penyokong Mursi dan juga laporan-laporan dari institusi-institusi kewangan antarabangsa.

Walaupun mewarisi Mesir yang dipenuhi 1001 masalah sosioekonomi, dan beliau juga mengalami pelbagai kesukaran dan halangan, bagaimanapun, dalam tempoh setahun pentadbirannya, di dalam keadaan penuh kekangan dan kelemahan, beliau berjaya membawa beberapa perubahan dalam pembangunan, ekonomi mahupun keadilan sosial. Antaranya menyediakan peruntukan 100 juta pound Egypt untuk membantu hampir 500,000 ibu tunggal di seluruh Mesir. Pada Julai 2013, 500,000 ibu tunggal tersebut menerima pencen 400 pound Egypt sebulan untuk menyara keluarga mereka. Malangnya, apabila berlaku rampasan kuasa, pembiayaan tersebut dihentikan.

Kerajaan Mursi juga menghapuskan hutang lapuk yang ditanggung 52,200 petani kecil dan susah di pedalaman agar dapat memulakan hidup baru. Dalam sektor kesihatan pula, kerajaan Mursi menyediakan insurans kesihatan untuk 13.2 juta kanak-kanak di seluruh Mesir berjumlah 160 juta Pound Egypt. Manakala 1.2 juta rakyat pula menikmati perkhidmatan kesihatan percuma. Dasar prihatin OKU kerajaan Mursi amat patut diberikan perhatian. Antara langkah- mengurangkan yuran kesihatan di hospital-hospital untuk beli ubat sebanyak 37%, dan potongan tambang tiket keretapi 75% kepada warga OKU. Dasar seumpama ini tidak pernah dikenali pada zaman rejim yang memerintah sebelum Mursi.

Dalam tempoh setahun juga kerajaan pimpinan Mursi berjaya menyediakan sebanyak 45,388 rumah mampu milik untuk rakyat Mesir yang belum memiliki rumah. Seramai 90,000 keluarga juga menikmati skim pinjaman untuk bina rumah sendiri.

Antara usaha kerajaan Mursi untuk merangsang ekonomi Mesir ialah menaikkan gaji kakitangan kerajaan berjumlah 6.4 juta orang. Peruntukan untuk gaji para kakitangan kerajaan dinaikkan dari keseluruhan 122.8 bilion Pound Egypt pada 2011 kepada 172 bilion Pound Egypt untuk tahun-tahun 2013-2014.

Kerajaan Mursi juga telah menyediakan sebanyak 593,000 peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan belanjawan melebihi 3.5 bilion Pound Egypt, dan ini merangkumi 5,611 pekerjaan untuk graduan menganggur. Sepanjang pemerintahan Mursi, negara Mesir telah menyaksikan peningkatan KDNK pada tahap terbaik berbanding tahun-tahun 2010-2011, iaitu purata 2.4% pada 2013 berbanding 1.8% pada 2011 dan 2012.

Malangnya semua pencapaian Mursi ini disembunyikan daripada pengetahuan umum oleh media yang dimiliki oleh saki-baki rejim lama dan juga golongan liberal. Sebaliknya, segala kelemahan yang diwujudkan oleh saki-baki rejim sengaja diperbesar-besarkan agar mengaburi mata awam dan rakyat yang naif serta masyarakat antarabangsa agar membina persepsi bahawa Mursi dan IM gagal memerintah negara. Malang lagi dalam proses memperbodohkan rakyat ini, golongan intelektual, politikus dan elitis sekular Mesir yang anti-Mursi dan anti-IM juga terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan