27 Julai 2013

Polis Dipukul Sebelum Dirompak, Lepas Nie Menteri Jaga Polis Pun Depa Samun?


Anggota polis dipukul sebelum dirompak


Kuala Lumpur: Seorang anggota polis cedera dipukul dengan batang besi sebelum dompet dan telefon bimbitnya dilarikan dua perompak dalam satu kejadian di Setapak di sini, awal pagi semalam. 

Ketika kejadian kira-kira jam 2 pagi, mangsa dikenali sebagai Rosilan berusia 20-an dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dikatakan sedang minum di sebuah restoran bersama rakannya.

Mangsa ketika itu didatangi dua lelaki bermotosikal jenis Yamaha Lagenda, sebelum memukulnya menggunakan batang besi dan melarikan dompet serta telefon bimbit yang diletakkan di atas meja.

Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan bantuan orang ramai dan keadaannya dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dilakukan.

Katanya, kejadian itu didalangi dua lelaki bermotosikal dan nombor pendaftaran belum dapat dipastikan.

“Polis akan mengambil keterangan saksi yang melihat kejadian itu untuk siasatan lanjut bagi memudahkan gerakan memburu suspek dilakukan,” katanya.


Kejadian Kedua Yang Dilaporkan Oleh Akhbar Sinar hari ini;

Koperal, anak nyaris disamun

Tempat kejadian dipasang tali keselamatan sementara menunggu ketibaan pasukan forensik untuk menjalankan siasatan.

BENTONG – Tindakan dua penyamun bersenjatakan parang menyamun seorang lelaki yang juga seorang anggota polis berpangkat koperal mengundang padah apabila seorang daripada mereka cedera terkena tembakan.

Suspek cedera di bahagian rusuk kiri ketika cubaan menyamun di persimpangan masuk ke Felda Lurah Bilut kira-kira jam 4.10 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika kejadian, anggota polis yang bertugas di Pondok Polis Mempaga itu dalam perjalanan pulang dari Bandar Bentong bersama anak perempuannya, 17, ke rumahnya di Berek Polis Lurah Bilut.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, kenderaan dinaiki mangsa iaitu kereta Proton Iswara ditahan kenderaan suspek jenis Mercedes Benz berwarna hitam.

“Seorang suspek bertindak keluar dari kenderaan dan mengacukan parang ke leher anak mangsa dan meminta menyerahkan barangan berharga.

“Mangsa kemudian bertindak pantas dengan melepaskan tembakan ke arah suspek menggunakan pistol untuk mempertahankan diri dan anak perempuannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Mansor berkata, selepas seorang daripada mereka terkena tembakan, kedua-dua suspek terbabit bertindak melarikan diri.

Katanya, mangsa dan anaknya bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan.

“Polis giat mengesan kedua-dua suspek terbabit. Orang awam yang melihat pergerakan individu yang mencurigakan dan cedera akibat terkena tembakan diminta membuat laporan segera,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan