23 Julai 2013

PANAS ! PERKASA, PEKIDA, GPMS DAN MAJLIS BELIA MALAYSIA TIBAI NAJIB DAN BN...

 PERKASA, PEKIDA, GPMS DAN MAJLIS BELIA MALAYSIA SERU RAKYAT KUALA BESUT SOKONG PADU CALON PAS!!!!!!


Apakah PERKASA, PEKIDA, GPMS dan MBM sudah bertukar arah dalam sokongan politik?

Dulu cukup terkenal secara terbuka memberikan sokongan padu kepada UMNO...Ini berdasarkan kepada risalah yang dijumpai diedarkan di Kuala Besut.

Risalah yang berbunyi "REALISASIKAN Semangat Melayu Bersatu UMNO & PAS....INILAH MASANYA 16 : 16... 1 KERAJAAN...Seruan Kami NGO Melayu...PERKASA GPMS MBM PEKIDA" kini telah tersebar luas di DUN N01 Kuala Besut.

Dari bunyi risalah tersebut jelas sekali menyeru rakyat Kuala Besut menyokong padu calon PAS sehingga mencapai kemenangan.

Sehingga kini tiada penafian pun dari pihak Perkasa, GPMS, MBM dan Pekida bahawa risalah diatas bersangkut dengan mereka.


Sabotaj kepada calon BN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan