Pencarian siapa Mohamed Salleh Mohamed Ali bermula apabila nama itu diumumkan di Parlimen oleh pembangkang sebagai pembekal dakwat kekal kontroversi yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Setakat ini, semakan mendedahkan: beliau adalah ahli perniagaan berumur 47 tahun dan menguruskan syarikat Integrated Challenger (M) Sdn Bhd di Shah Alam.
Tiada respon apabila panggilan telefon dibuat ke pejabatnya petang semalam.
Semakan juga mendapati Mohamed Salleh mempunyai 11 saman yang belum dibayar dan kenderaan digunakan untuk kesalahan adalah Porsche Cayenne dan Toyota Alphard.
Ahli perniagaan ini menjadi terkenal dalam sekelip mata semalam apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memberitahu Parlimen beliau adalah pembekal dakwat kekal.
Pengarah Strategi PKR itu juga mendakwa Mohamed Salleh rapat dengan kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tiga minggu lalu Rafizi mencabar SPR untuk mendedahkan pembekal dakwat kekal itu dan jika gagal, beliau berjanji untuk mendedahkannya di Parlimen.
Beliau berkata semalam, penyiasatannya mendedahkan pemberian kontrak untuk bekalan dakwat kekal diberikan kepada syarikat yang pemiliknya tidak mempunyai kemahiran dalam urusan itu.
Syarikat itu juga tidak mempunyai modal untuk pembelian dakwat kekal dan pemiliknya meminta pinjaman daripada seorang ahli perniagaan dari Kampung Baru sebanyak RM7 juta.
Dakwat itu menjadi kontroversi selepas pengundi mengatakan ia mudah dibasuh dengan menggunakan sabun. Sebelum itu SPR berjanji dakwat itu mampu bertahan selama tujuh hari.
Pakatan Rakyat (PR) mendakwa oleh kerana dakwat itu gagal, ramai pengundi boleh mengundi lebih dari sekali, menyebabkan berlakunya penipuan. Gabungan pembangkang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan PRU13 dan mahukan pilihan raya semula dengan alasan SPR gagal dalam hal dakwat kekal.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, dakwaan pembekal dakwat mempunyai kaitan dengan kepimpinan tertinggi SPR memerlukan siasatan lanjut.
“Saya terkejut dengan pendedahan ini. Ia menambahkan keraguan kerana mereka sebelum ini enggan mendedahkan nama pembekal,” katanya dan menambah, pendedahan ini menimbulkan lebih banyak keraguan dengan kemampuan SPR untuk menjalankan pilihan raya bersih dan adil.
Katanya, kontroversi terbaru berhubung pembekal dakwat menyebabkan keperluan untuk panel bebas menyiasat isu ini.
Petang semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafikan mempunyai kaitan dengan Mohamed Salleh dan menyatakan pihak yang menguruskan pembelian dakwat adalah setiausaha suruhanjaya itu, Datuk Kamarudin Baria.
“Setakat yang saya tahu urusan pembelian itu berjalan dengan baik dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana saya dan timbalan tidak mencampuri urusan urusetia," kata Abdul Aziz merujuk kepada timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Makin meleghet & dramatik crita dakwat kekal ni. Letak jawatan jelah wahai Abdul Aziz & Wan Ahmad oiiii!
BalasPadamBulan Ramadan Al Mubarak sudah cukup mengembirakan dan menggerunkan orang-orang beriman, gembira semua dah maklum dengan perbagai ganjaran dari Allah, menakutkan kerana takut puasa tkak diterima, bercakap bohong dan menipu.
BalasPadamSekarang pensgerusi SPR bercakap buntuk timbalan pengerusi sekali menafikan kenal pembekal hampeh ni. Melapaskan tanggung jawab kepada Datuk Kamarudin Baria Setiausaha dengan alasan tahap GABAN, meraka tak menca,puri urusan urusetia.......
Apa kejadahnya Pengerusi dan Timbalan tak tau apa yang dilakukan oelh SU.
Datuk Kamarudin Baria kamu telah dihianati oleh Pengerusi kamu.... Nak diam sajakah....
Wahai Tuan Pengerusi SPR.... Satu pertanyaan untuk renungan.... Halalkah rezki yang kau beri makan kepada isteri-isteri, anak-anak, cucu-cucu, ibubapa kalau masik ada dansuadara mara kamu. Kalau halal ok.... Kalau tidak yakinlah kamumtelah menyediakan mereka untuk jadi bahan bakar Neraka.
Apalagi dalih kamu, letak jawatan hadapan pertuduhan siap untuk percutian panjang di Sungai Buluh.
Otai Minyak Beku.
Apa nk jadi spr oiii jwpan pun dah tunggang langgang jd pengerusi smpai tak tau apa yg setiausaha buat makin merapu..insaf la kalau tak di dunia akhirat nanti tnggu la balasannya..rakyat bukannya bodoh nk tgk sandiwara x berkesudahan spr ni x fikir langsung amanah rakyat sedar la skitt..
BalasPadamLobang suda picah. Mana mau lari aah!!
BalasPadam