14 Julai 2013

Angkara Menteri atau Kerajaan Cap Ayam, Harga Ayam Tak Pernah Selesai......

Ha.ha..ha.. Dalam media sosial gah isu kenaikan harga barang naik selepas BN kekal membentuk kerajaan walaupun digelar kerajaan 47% atau kerajaan mainoriti....Ada yang berkata kenaikan harga wajib diterima kepada penyokong2 BN apa nak diprotes lagi terima saja bukankah sudah diberi amaran.... BN = Barang naik.

Masalahnya contoh kritikal isu kenaikan harga ayam proses, walaupun harga kawalan, apabila musim perayaan harga melonjak naik melepasi harga siling...dengan alasan pemborong atau pihak ladang mengambil kesempatan...

dibawah alasan-alasan menteri2 cap ayam yang menjaga ayam.......


Lebih murah beli ayam di pasar tani, kata menteri


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

SHAH ALAM – Ketika di sana sini kecoh tentang harga ayam yang melambung tinggi di pasaran, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan pengguna mendapatkan bekalan ayam mentah di pasar-pasar tani yang berhampiran.

Ismail Sabri menerusi laman mikro Twitter miliknya berkata, ayam mentah boleh dibeli dengan harga yang lebih rendah di pasar tani iaitu RM7.80 sekilogram berbanding RM8.50 sekilogram di pasar biasa.

“... jadi datanglah beramai-ramai ke pasar tani. Sokong pasar tani,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan harga ayam naik mendadak di pasaran sehingga RM9 sekilogram sejak dua minggu lalu.

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau dakwaan harga ayam naik mendadak tanpa sebarang bukti kukuh.

Menterinya Datuk Hasan Malek berkata, harga maksimum ayam bagi peringkat ladang, borong dan runcit ditentukan dan diisytiharkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan ia dikuatkuasakan di seluruh negara.



Ini lapuran sinar harian , harga ayam dipasar tani lebih mahal dari harga pasar biasa

 Harga ayam di Perlis tidak menentu

14 Julai 2013

KANGAR - Harga ayam bersih di beberapa lokasi di Perlis didapati tidak menentu.

Misalnya harga yang ditawarkan di Pasar Besar Kangar hari ini adalah RM8 sekilogram, lebih rendah berbanding harga ayam segar di Pasar Sehari Behor Lateh dan Pasar Tani Taman Sena yang dijual pada harga RM8.50 sekilogram.   baca lagi sini



Menteri sudah tukar, isu ayam tetap tak selesai


Harga ayam naik. - Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kerajaan lebih pantas bertindak dalam menangani kenaikan mendadak harga ayam mentah di pasaran khususnya menjelang musim perayaan termasuklah membenarkan pembekal membawa masuk bekalan ayam dari luar lebih awal.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kejadian ini yang kerap kali berlaku pada musim perayaan menuntut penyelesaian konkrit daripada pihak yang bertanggungjawab.

"Kita sudah tahu bila musim perayaan di sini, kenapa tidak kerajaan mengambil langkah awal, jika khuatir bekalan tak cukup... jangan baru sekarang nak beri permit import bawa bekalan dari luar, sudah tentu pembekal akan mengambil kesempatan menaikkan harga.

"Setiap tahun lebih tiga kali kenaikan harga ayam ini berlaku, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

"Saban tahun jawatan menteri bertukar tangan, namun masalah ini gagal ditangani dengan tuntas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

PPIM kelmarin mengajak pengguna boikot beli ayam buat sementara waktu, susulan kenaikan mendadak harga barang keperluan itu sejak dua minggu lalu.

Katanya tindakan itu mampu mengatasi masalah kenaikan harga kerana pembekal terpaksa menurunkan semula harga jika tiada permintaan.

Dalam pada itu, beliau mendesak kerajaan supaya lebih serius dalam menangani permasalahan yang berkaitan dengan harga barangan keperluan tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya mencari punca sebenar perkara itu berlaku.

"PPIM mendesak supaya kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya siasatan atau membuka satu kertas putih tentang apa yang berlaku kepada harga pasaran ayam yang melebihi harga siling yang ditetapkan.

"Saya tak yakin peruncit memanipulasikan harga ayam ini, di sini peranan pembekal sebagai orang tengah yang mengaut keuntungan luar biasa apabila tiba musim perayaan,” dakwanya.

Tegasnya pengguna tidak mampu lagi bersabar dengan kelewatan kerajaan dalam menangani kenaikan harga tersebut kerana impaknya dirasai oleh rakyat setiap hari.

"Di peringkat ladang juga, bagaimana kerajaan nak pantau harga siling jika ada penternak yang sanggup membakar anak ayam semata-mata mahu memastikan harga pasaran tidak jatuh.

"Sebab itu saya ajak pengguna boikot harga buat sementara waktu, bila tiada pengguna yang beli ayam dalam tempoh tertentu, sudah pasti harga ayam akan jatuh mendadak,” katanya.

"Kita tidak boleh tunggu tindakan kerajaan sebab tiada langkah yang efisien yang diambil, kes yang sama berulang saban tahun,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan