Bunyinya seperti menarik tetapi pada masa yang sama, memberikan satu kesimpulan kepada rakyat biasa iaitu PENULARAN NAJIS DAN WABAK DADAH di seluruh Malaysia sudah memuncak sehinggakan PDRM terpaksa melakukan operasi yang berkaitan secara besar-besaran dan agresif.
Setakat ini, walaupun operasi-operasi dijalankan dari semasa ke semasa, najis dadah tidak dapat dihapuskan atau diminimakan sama sekali. Sama ada dadah-dadah tersebut dibawa masuk dari luar, mahupun dihasilkan menerusi makmal-makmal mini dalam negara, jumlah dadah yang beredar di pasaran amat menakutkan.
Dadah telah terbukti memusnahkan negara. China yang begitu berbangga dengan ketamadunan dan teknologi yang mereka cipta, akhirnya tunduk menyembah Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Austria, Belgium, Itali dan Great Britain hanya kerana candu sehingga akhirnya menumbangkan Kerajaan Manchu.
Kuala Lumpur, 5 Julai - Polis akan melancarkan operasi
besar-besaran untuk membasmi dan mengatasi masalah penagihan dadah di seluruh negara terutama di sekitar Lembah Klang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata operasi bagi membasmi masalah narkotik itu yang akan dipertingkat dan diperluaskan bukan sahaja menahan pengedar dadah malah penagih dadah.
"Seperti yang disebut Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), kita akan lancarkan operasi bagi menangani masalah dadah ini di seluruh negara terutama di sekitar Lembah Klang.
"Sebenarnya, operasi membasmi masalah dadah ini kita tidak pernah berhenti, cuma kita akan pertingkatkan lagi," katanya kepada pemberita selepas menutup pertandingan boling Piala Ketua Polis Negara di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai cadangan Ahmad Zahid yang menyarankan supaya Kementerian Dalam Negeri menubuhkan sebuah pasukan khas bagi membanteras jenayah dadah.
Khalid berkata pihaknya akan melihat dan mengkaji permasalahan dadah di negara ini yang turut disifatkan sebagai satu ancaman yang perlu dipantau secara serius.
Katanya polis akan melipat-gandakan usaha itu termasuk meminta bantuan daripada jabatan lain di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.
Sementara itu, Khalid berkata polis telah bersiap-sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut selepas tarikh penamaan calon dan hari pengundian diumum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
"Saya menyeru mana-mana parti yang bertanding supaya mematuhi peraturan pilihan raya. Sekiranya terdapat masalah, datanglah berjumpa dengan Ketua Polis Daerah supaya segala peraturan dapat dijelaskan," katanya. - BERNAMA
Ada ke patut nk buat operasi umum seluruh negara, diam diam sudah la. Confirm pengedar slow aktiviti mereka sebab dh umum. Tak bijak!
BalasPadamGimik untuk swing isu tahanan mati dlm lokap la ni. Tak pandai.