PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu membuang sikap ‘degil’ jika ingin melihat mutu bola sepak negara berada di landasan yang sebenar, demikian nasihat bekas pemain negara, Khalid Ali ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian susulan kekalahan memalukan skuad kendalian Rajagobal kepada Canberra FC 2-3 Khamis lalu, apatah lagi, kelab divisyen dua itu dilaporkan oleh akhbar tempatan di sana - The Canberra Times - menggunakan khidmat pemain sambilan.
Terkejut dengan kekalahan itu, Khalid berkata, apa yang dibimbangi beliau nampaknya menjadi realiti.
Khalid sebelum ini pernah memberi amaran kepada badan induk sukan itu lebih berhati-hati dalam memilih perlawanan persahabatan biarpun atas nama pendedahan sekalipun, sebelum pasukan kebangsaan kendalian Rajagobal berlepas ke Australia untuk berdepan tiga kelab negara itu.
“Saya sudah katakan tindakan yang dibuat oleh FAM adalah salah, mereka tidak sepatutnya memilih untuk bermain dengan kelab divisyen, kalau tewas akhirnya kita akan diaibkan, tetapi sekiranya pasukan negara kalah di tangan pasukan yang bertaraf lebih baik, ia tidak lah memalukan sangat.
“Saya tak tahu bagaimana mahu gambarkan perasaan sekarang ini, jelas kekalahan ini amat memalukan, saya yakin rakyat Malaysia juga melahirkan rasa kekesalan dengan kekalahan itu.
“Kalau Rajagobal tak malu, saya tak tahulah, tapi sebagai bekas pemain dan rakyat Malaysia, saya memang malu dengan kekalahan itu,” kata Khalid.
Pemergian skuad negara ke Australia sebagai persiapan untuk menghadapi baki kempen kelayakan Piala Asia 2015 sebelum ini mendapat banyak kritikan selepas Rajagobal dengan persetujuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membatalkan perlawanan persahabatan dengan Singapura.
Ini kerana pengkritik berpendapat keputusan memilih Canberra dan Sydney sebagai tempat latihan ketika ini adalah satu kesilapan kerana cuacanya kian sejuk, sedangkan Harimau Malaya akan menentang negara yang cuacanya panas.
Nyata, kritikan itu ada benarnya dengan kekalahan dialami anak buah Rajagobal itu yang gagal mempamerkan prestasi terbaik mereka dalam keadaan cuaca sejuk apabila diaibkan oleh Canberra FC yang dibarisi pemain berstatus sambilan.
Berikutan kekalahan itu, Akhbar The Canberra Times memilih menggunakan tajuk ‘pemain sambilan catat kemenangan ke atas skuad kebangsaan’ sekali gus ia seperti memperlekehkan dan mempersendakan kemampuan skuad negara.
Mengulas lanjut, Khalid berkata, FAM seharusnya muhasabah diri di samping mendengar pandangan yang dilontarkan oleh pihak tertentu bagi meningkatkan mutu bola sepak negara.
“Dari penilaian saya, FAM seolah-olah tahu apa mereka buat, tapi sebaliknya tidak. Mereka juga susah mahu mendengar pandangan bahkan kritikan yang dilemparkan ke atas badan induk bola sepak itu.
“Bagi saya, mereka perlu keluar daripada kepompong itu dan berubah demi bola sepak negara, mereka juga harus tahu setiap pandangan yang diutarakan ada baik dan buruknya,” ujarnya.
Dalam pada itu, ketika ditanya kenyataan Rajagobal yang berpuas hati dengan prestasi pemain meskipun tewas, Khalid berkata, “usahlah berselindung lagi dengan pelbagai alasan.
“Jangan terus mempertahankan anak buah sekiranya memang jelas corak permainan pasukan negara lemah,” jelas beliau.
Khalid turut menegaskan Rajagobal sepatutnya menguji kesebelasan utama bagi memperbaiki kelemahan dan membentuk persefahaman di kalangan pemain, apatah lagi mereka sudah lama tidak beraksi sebagai satu pasukan.
“Tidak perlu membazir untuk ke Australia hanya sekadar mahu uji pemain baru. Walaupun menentang pasukan tempatan, seseorang jurulatih sudah pasti dapat menilai kemampuan pemain, sama ada layak atau tidak untuk diserapkan dalam pasukan kebangsaan,” katanya.
Selepas Canberra FC, dua lagi pasukan menanti skuad negara iaitu Marconi Stallions diikuti Sydney United minggu ini.

bukan dia sorang ramai berjuta.depa yang ada difam tu seolah olah bapak depa punya.dari dulu lagi selepas ajae era santuk chin aun malaysia mula merudum.tambah dengan raja raja mengendalikanya habis lingkup.mereka ini tak segan silu.tak tahu apa nak jadi dengan bolasepak negara.depa dah buat macam umno buat.duduk situ selagi lalu.rajagopal pun satu dah tahu tak boleh nak bawak team berhentilh.you boleh capai afc itu saja nak pergi tinggi lagi you dah boleh .zaman you main pun singkat saja
BalasPadamPi australia ...cuti cuti 1 Australia...hahahahah makan angin free....Malaysia Boleh.
BalasPadam