08 Jun 2013

PUTRAJAYA TOLAK SARANAN SPRM DIBAWAH PARLIMEN, PERLANTIKAN PAUL LOW HANYA WAYANG NAJIB !!!


Putrajaya tolak cadangan SPRM diletak dibawah Parlimen



KUALA LUMPUR, 8 Jun ― Putrajaya hari ini menolak cadangan oleh Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletak dibawah Parlimen, kata Datuk Paul Low.

Low, yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menegaskan cadangan tersebut tidak perlu memandangkan kebebasan dan profesionalisme SPRM sedia terjamin kerana sudah mempunyai lima panel dan jawatankuasa termasuk PPPR sendiri.

“Buat masa sekarang kebebasan dan profesionalisme SPRM sedia terjamin dengan adanya lima panel dan jawatankuasa termasuk PPPR sendiri.

“Lima panel dan jawatankuasa ini sudah berfungsi sejak Januari 2009,” kata Low (gambar) dalam satu kenyataan media hari ini.


Datuk Johan Jaaffar dilaporkan oleh media berkata SPRM wajar diletakkan di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) supaya ia dapat membersihkan persepsi negatif mengenai integriti dan ketelusan badan berkenaan, sama seperti langkah yang diambil ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


“Persepsi orang awam terhadap SPRM ialah badan itu akur kepada arahan pihak berkuasa, walaupun hakikatnya SPRM merupakan satu mekanisme yang dibentuk berasaskan Perlembagaan Persekutuan.
“Kita percaya kebanyakan tuduhan yang dilemparkan terhadap SPRM tidak berasas, namun suruhanjaya itu akan berhadapan dengan persoalan mengenai persepsi selagi ia kekal dengan status sedia ada,” katanya.

Walaubagaimanapun, Low berkata sebaliknya dengan menegaskan Putrajaya telah menubuhkan satu majlis penasihat transformasi bertujuan untuk menangkis isu persepsi serta akan mengambilkira semua pandangan yang dikemukakan oleh PPPR.

“Berkenaan dengan usaha-usaha meningkatkan persepsi dan keyakinan orang ramai, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menubuhkan satu majlis penasihat transformasi yang anggotanya terdiri daripada tokoh-tokoh antarabangsa untuk mendapatkan pandangan dan input bagi meningkatkan lagi keberkesanan SPRM dalam menjalankan fungsi sebagai agensi memerangi jenayah rasuah.

“Majlis ini akan mengambil kira segala pandangan yang dikemukakan oleh PPPR,” tambahnya lagi.

Selain itu, Low juga mengatakan langkah untuk meletak SPRM adalah tidak wajar kerana Najib sendiri telah memberikan komitmennya semasa membentangkan Manifesto Barisan Nasional (BN) dimana berjanji akan memerangi rasuah jika berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 pada April lalu.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menekankan bahawa memerangi gejala rasuah di negara ini akan terus diberi keutamaan oleh BN jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-13,” ujarnya lagi.

Bekas Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) itu dilantik masuk ke dalam Kabinet Najib bertujuan untuk menunjukkan keseriusan kerajaan untuk menangani isu rasuah dan salahguna kuasa, tetapi perlantikkannya itu menerima kritikan pelbagai pihak terutamanya dari pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Kemasukkan Low ke dalam Kabinet dilihat untuk mengisi kekosongan kuota bagi masyarakat Cina.

Walau bagaimanapun, pertubuhan berhaluan kanan Cina seperti Dong Zong tidak begitu gembira dengan Low sebagai wakil Cina kerana dikatakan tidak boleh berbahasa Mandarin dengan fasih.

BN menang tipis dalam Pilihan Raya 2013 dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding PR 89.

Parti-parti komponen BN berasaskan Cina seperti MCA dan Gerakan kalah teruk dalam pilihan raya yang diadakan pada 5 Mei itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan