Selain itu kerja tambahan yang meragukan dalam satu kontrek melebihi 100% adalah satu perancangan yang gagal dari segi kos dan pembangunan projek tersebut. Kerajaan jangan menganggap rakyat tidak tahu apa-apa...sebenarnya banyak rakyat memantau dan lebih tahu tatacara sesuatu projek kerajaan dijalankan....dimana silap dimana ada UNSUR RASUAH berlaku... sebenarnya rakyat tidak bodoh lagi.....
Penangguhan 12 bulan tarikh siap KLIA2 mengejutkan, DAP gesa siasatan
TMI, OLEH MD IZWAN ,JUNE 20, 2013
Tony Pua menyelar Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kerana kelewatan menyiapkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), serta menggesa supaya Putrajaya membuka siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar.
Setiausaha publisiti DAP itu brkata, penangguhan 12 bulan untuk menyiapkan KLIA2 daripada tarikh sasaran 28 Jun 2013 seperti diumumkan baru-baru ini membuktikan MAHB tidak cekap, disamping menimbulkan keraguan wujudnya salah laku disebalik kelewatan.
"Penangguhan 12 bulan yang mengejutkan membuktikan Malaysia Airports tidak cekap dan menunjukkan keraguan wujudnya lebih banyak kekotoran daripada apa yang dapat dilihat," Pua dalam satu kenyataan pagi ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara juga membidas MAHB kerana cuba menyembunyikan kelewatan tersebut dengan pelbagai penafian, sehingga terpaksa mendedahkan perkara sebenar selepas Pakatan Rakyat (PR) memberi tekanan kepada mereka.
"MAHB akhirnya mengakui projek tersebut terpaksa dilanjutkan selepas menerima tekanan tidak henti daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat sejak tiga minggu lalu, dan hanya semalam diumumkan projek tersebut dilanjutkan untuk 12 bulan lagi," kata Pua.
Pengumuman semalam nyata berbeza dengan kenyatan pengurus besar pada 8 dan 28 Mac lalu yang mengatakan KLIA2 akan siap pada 1 Mei 2013, tetapi sebaliknya MAHB mengumumkan semalam tentang tarikh penyiapan baru KLIA2 pada 30 April, 2014, dan akan memulakan operasi pada 2 Mei.
"Tarikh pembukaan baru tersebut tidak selari dengan cerita daripada MAHB dan kontraktor sebelum ini kepada rakyat Malaysia sejak beberapa tahun ini," kata Pua selepas pengumuman itu.
Menurut Pua lagi, keraguan disebalik kelewatan KLIA2 semakin jelas apabila kontraktor utama UEM-Binapuri enggan membayar RM63.4 juta ganti rugi tertentu (LAD) atau RM199,445 sehari untuk 318 hari bermula 16 Jun 2013. Kontrak UEM-Binapuri bernilai RM997.2 juta, yang bermula pada bulan Ogos 2010.
"Sehingga semalam, Binapuri telah mempertikaikan tuntutan LAD, meletakkan kesalahan kelewatan ke atas MAHB," terang Pua.
Selain itu, Pua juga berkata bukan hanya kelewatan sahaja yang dipertikaikan tetapi juga peningkatan mendadak kos pembinaan daripada RM1.7bilion kepada RM4bilion hingga setakat ini.
Pua turut membangkitkan mengapa hanya UEM-Binapuri dikenakan tuntutan LAD tetapi tidak KUB Malaysia yang juga gagal menyiapkan 20 peratus lagi baki projek landasan seperti diumumkan mereka pada 8 Jun lalu.
"Satu lagi persoalan adalah mengapa LAD hanya dikenakan ke atas UEM-Binapuri yang mempunyai baki 7 peratus belum siap, tetapi KUB tidak pula dikenakan tuntutan LAD walhal baki projek belum siap mereka adalah 20 peratus seperti yang diakui pihak itu sendiri," ujar Pua lagi.
Pua menggesa MAHB agar tidak menipu dan menyembunyikan kebenaran daripada rakyat Malaysia seperti mereka lakukan sejak dua tahun lalu, disamping mahu pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn dan Ketua Setiausaha Datuk Seri Long See Wool - juga pengarah MAHB supaya bertanggungjawab sepenuhnya memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban bagi membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
Tarikh siap KLIA2 telah ditunda beberapa kali berikutan perubahan yang dibuat kepada pelan asal, termasuk membina terminal lebih besar untuk menguruskan lebih 40 juta penumpang, dan memasang sistem pengendalian bagasi automatik.
Tarikh baru pembukaan KLIA2 adalah yang kelima daripada MAHB kerana tarikh siap terminal itu sudah dilewatkan tiga kali.
Ia sepatutnya disiapkan pada April 2010 tetapi ditunda kepada Oktober 2012, April 2013 dan kemudian 28 Jun, 2013.
Lapangan terbang baru itu, disasarkan untuk mengendalikan sehingga 45 juta penumpang setahun, antara lain akan mempunyai 60 pintu, 80 jambatan aero dan 32,000 meter persegi ruang runcit dengan 225 kedai.
Tender untuk projek KLIA2 pertama kali dikeluarkan pada 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan