01 Jun 2013

PECAH BERITA ! MALAYSIA JADI JUARA DUNIA LAGI?...LAGI MESIN ATM DIPECAH RM217,950 DILARIKAN....


Penjenayah guna kain rentang sebelum larikan RM217, 950 daripada mesin ATM

Menurut kajian didunia kejadian pecah mesin wang ATM amat jarang berlaku di negara lain, tetapi di Malaysia hampir setiap bulan ada kejadian seperti ini, ada sesuatu yang tidak kena dengan kadar jenayah pada waktu ini....



KOTA BHARU - Sejumlah RM217,950 wang tunai dilarikan penjenayah yang bertindak memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Jalan Masjid Lama, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian yang dipercayai berlaku awal pagi tadi, penjenayah turut menggunakan kain rentang untuk menutup cermin Bangunan Tabung Haji yang menempatkan mesin ATM milik sebuah bank, bagi mengelak perbuatan mereka daripada dikesan.

"Kejadian hanya disedari orang awam yang mahu menggunakan perkhidmatan mesin ATM itu pada 8.30 pagi. Berdasarkan kesan yang ditemui, mesin ATM itu dipecah menggunakan api gas oxy (Oxy-Acetylene)," katanya ketika dihubungi.

Mazlan berkata siasatan akan diteruskan dengan bantuan kamera litar tertutup (CCTV) dan kesan cap jari yang ditemui di tempat kejadian.

Selain itu, beliau turut meminta kerjasama orang ramai atau saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan. - Bernama


BERAPA BERITA DIBAWAH KEJADIAN JENAYAH PECAH MESIN ATM DI MALAYSIA:

 RUGI RM300,000 ATM DIPECAH LOKASI K.L



2 ulasan:

  1. KETUA POLIS BERAJA MALAYSIA BERKATA TAHAP JENAYAH ADALAH TERENDAH DIDUNIA?KENAPA NAK DIPERTIKAIKAN?contoh yg yg diambil oleh KPN MALAYSIA ADALAH DARI SUMBER POS POLIS DICERUK2 KAMPUNG YANG PURATA PENDUDUKNYE BERJUMLAH 50 KE 80 KELUARGA KUNUNNYE CERITA NYE.

    BalasPadam
  2. Polis sibuk jaga parti politik..

    BalasPadam