05 Jun 2013

PECAH BERITA ! HADIAH BESAR DARI BN UNTUK RAKYAT MALAYSIA...BRIIM DAH NAK KELUAR?!!!

(1Care Malaysia) Watson, Cosway, Guardian & Caring Terima Durian Runtuh RM836 Juta Setahun. 

Awal tahun lepas, Berita Semasa ada menyediakan laporan berita mengenai skim 1Care yang bakal dilancarkan tidak lama sahaja lagi (DI SINI). Yang mana perancangan untuk menemui peringkat akhir menunggu tiba dan masa untuk dilaksanakan di Malaysia sekaligus merubah sistem rawatan di klinik-klinik di seluruh Malaysia.

Kontrak-kontrak besar sudah mula diagihkan satu demi satu kepada kalangan taikun yang bakal meraih keuntungan besar di bawah skim 1Care ini…

Taikun Farmasi Runcit Di Bawah Skim 1 Care Malaysia?



Tahniah kami ucapkan kepada Vincent Tan. Bertambah kayalah anda selepas ini sekaligus terus mendaki kedudukan dalam senarai manusia paling kaya di Malaysia tahun 2014 (KLIK SINI). Diharap Utusan Malaysia mengambil tempat sepertimana yang biasa dilakukan selama ini untuk terus memperjuangkan nasib Melayu di bumi Malaysia.

Orang Malaysia bersama dengan rakyat Malaysia yang lain terpaksa membeli ubat secara berasingan dengan cina-cina kapitalis seperti di atas ini?

Setiap perlaksanaan atau sesuatu dasar di Malaysia pasti akan ada habuan untuk sebilangan kecil kalangan “taikun-taikun kesayangan di Malaysia“. Terbaru berdasarkan sumber yang Berita Semasa terima, Farmasi runcit seperti Watson, Guardian dan Cosway yang berjaya merebut satu lagi slot untuk diberikan peranan membekalkan ubat-ubat berdasarkan preskripsi doktor-doktor yang bertugas sekaligus memberikan durian runtuh sejumlah RM836 juta setahun.

Pulangan RM836 juta setahun ini hanyalah berputar sekitar 19% sahaja daripada saiz pasaran farmaseutikal di Malaysia yang bernilai RM4.5 bilion setahun. Sepertimana yang Berita Semasa maklumkan sebentar tadi, antara “ikan jerung” yang bakal menerima habuan besar ini antaranya ialah :

1. Guardian, yang dikawal oleh Dairy Farm Group Hong Kong
2. Watsons, yang dimiliki oleh hartawan Hong Kong Li Ka-Shing
3. Cosway yang dikawal oleh Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun
4. Dan….. dijangka tidak lama lagi akan juga disenaraikan Caring, yang mana pemegang saham terbesar adalah Cheong Yeow Siang

Dalam bahasa mudahnya, jika anda mahu dapatkan rawatan & pemeriksaan semestinya perlu berjumpa dengan doktor, walaubagaimanapun jika anda mahu mendapatkan ubatnya pula, perlu mendapatkan di farmasi luar di mana kalangan farmasi runcit di atas inilah yang akan memainkan peranannya membekalkan ubat kepada anda berdasarkan preskripsi doktor.



Cosway (M) Sdn Bhd nampak telah bersedia untuk menerima anda-anda semua di sini yang mengalami masalah kesihatan di masa akan datang sebagai “bakal pelanggan mereka”. Dan cita-cita mereka (Cosway) cukup besar, untuk melebarkan sayap perniagaannya dan menjadi farmasi runcit yang terbesar di Malaysia selepas ini yang mana sekarang ini :

Guardian/Watson (pemain terbesar dalam industri ini)
Manakala Caring pula memegang 20% daripada saiz pasaran farmasi runcit


Nah itu sebablah kita boleh melihat farmasi runcit di bawah Kumpulan Berjaya “tumbuh bak cendawan selepas hujan” di mana pelaburan yang mereka lakukan sekarang bakal memberikan pulangan besar kepada rangkaian perniagaan Tan Sri Vincent Tan.

Dan tempoh pelaksanaan pun tidak lama. Semestinya waktu sekarang adalah waktu yang lebih sesuai untuk dilaksanakan selepas Malaysia melabuhkan tirai Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu tetapi tidak mungkin dilaksnakan menjelang Pilihanraya Umum ke 14 (di mana ia akan menyebabkan pelaksanaan ini akan ditangguhkan sekali lagi untuk tempoh lama).

Dan berdasarkan berdasarkan semakan Berita Semasa pada laporan Berita The Star, pelaksanaan 1Care Malaysia tidak lama sahaja lagi. Sedang menunggu masa & ketika untuk dilaksanakan….
Skim 1Care Malaysia Tahun 2014?


Bayaran wajib yang bakal dikenakan kepada rakyat Malaysia pada masa akan datang untuk rawatan doktor selepas ini merangkumi :

Farmasi Runcit – Disebabkan doktor di bawah skim 1Care tidak akan memberikan ubat kepada anda, tetapi mereka kana memberikan preskripsi ubat mana yang perlu anda beli contohnya di Cosway, Guardian, Watson ataupun Caring
Bayaran pemeriksaan doktor yang mana tidak termasuk ubat, pembedahan
Sewa/kos operasi/kelengkapan & peralatan

Dan berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima daripada kumpulan doktor yang berkenaan, ia adalah wajib kepada semua. Walaubagaimanapun, berapa caj yang bakal dikenakan kepada anda semua masih belum dimuktamadkan lagi, kalangan doktor dan ahli farmasi terus mempertahankan hak-hak yang sepatutnya dinikmati oleh anda semua. Selagi mana yang boleh….

Yang mana ada “medical card”, insuran, ada memiliki doktor sendiri adan sebagainya masih boleh digunakan, tetapi caj untuk skim 1Care tetap akan dikenakan kepada anda :

*  Ini kerana, 1Care tidak merangkumi rawatan untuk 36 penyakit kritikal, TBD atau kematian yang mana “medical card” atau insurans anda boleh menampungnya


*  1Care hanya bertujuan untuk pemeriksaan di klinik sahaja sepertimana batuk, selsema, demam dan lain-lain lagi


Sistem seperti ini telah digunakan di negara-negara yang berpendapatan tinggi seperti Australia, Amerika Syarikat. Dan Malaysia nampaknya bakal melaksanakan satu dasar yang turut terpakai di sana.

P/S : Ada baiknya, LHDN sleepas ini memasukkan pembayaran 1care yang dilakukan oleh rakyat Malaysia akan datang ke dalam borang BE bagi mendapatkan rebat terbaru daripada mereka. Harap-harap begitulah. Apa lontaran & pendapat anda pula?

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan