08 Jun 2013

Panas ! Kenyataan Bercanggah Bukti SPR Merapu?


Kenyataan bercanggah bukti penggunaan dakwat kekal pincang

KUALA LUMPUR 8 JUN: Kenyataan bercanggah antara Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dengan Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam berhubung dakwat kekal membuktikan kepincangan penggunaannya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Abdul Aziz mendakwa beliau telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai keselamatan dakwat kekal yang digunakan dalam PRU 13 pada 5 Mei lalu.


Ia berkaitan peratusan bahan aktif dalam dakwat itu – argentum nitrat – yang didakwa perlu dicairkan kepada satu peratus untuk mengurangkan risiko barah.

Bagaimanapun, Subramaniam pula berkata, tiada laporan seumpama telah dikeluarkan oleh kementeriannya dan pihak SPR tidak pernah meminta kementeriannya berbuat demikian.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mendakwa kandungan argentum nitrat dalam dakwat kekal itu terpaksa dikurangkan.

Ahmad mendakwa, pengurangan tersebut menyebabkan ia hanya mampu bertahan selama sepuluh jam sahaja kerana kandungannya yang tinggi akan meningkatkan risiko barah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan