12 Jun 2013

HOT ! ZAHID ' KANTOI ' KATA RAFIZI , 2 VIDEO SEBAGAI BUKTI

Zahid 'kantoi', kata Rafizi



 PKR hari ini mendedahkan video yang menunjukkan Ahli Parlimen Bagan Datok, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dalam sidang media di Ibu Pejabat parti itu di sini.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata daripada video itu, dua petisyen difailkan secara berasingan untuk mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi  kerusi itu sebagai tidak sah.
Petisyen berasingan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh pagi tadi oleh bekas calon parlimen Bagan Datok, Madhi Hasan dan pengundi, Azmi Sulaiman.
Hadir sama Mahdi dan peguam bela , Edmund Bon Tai Soon.
Mereka turut menyiarkan tiga video yang berkaitan  Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Dalam video terbabit, pada 19 April menunjukkan bukti bahawa responden secara tidak langsung melalui seseorang, S.Ramalingam memberikan wang tunai RM100 dan lima kampit beras satu kilogram (KG) dengan logo cetakan Barisan Nasional kepada 1,000 orang yang hadir di Dewan Sanmarka, Hutan Melintang.
Manakala dua video lain Zahid mengakui melantik dan mengambil 24,000 orang jentera dengan bayaran wang tunai dan pemberian beras.

Rafizi mendakwa bagi kesalahan-kesalahan itu, responden (Zahid) dikatakan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 21 (1), Seksyen 21 (2) Bahagian IV atas pengambilan kerja dan Seksyen 10 (a) bahagian III serta Seksyen 32 (c) atas kesalahan menyogok dan rasuah.
” Video yang ditunjukkan itu jelas membuktikan bahawa responden melanggar kesalahan pilihan raya.
“Zahid merasakan beliau pandai kononnya mengatakan memberikan duit kepada jentera, walhal undi yang beliau dapat hanya 17,000, maknanya 7,000 undi lagi menunjukkan jenteranya tidak mengundi beliau,” sindir Rafizi.
Rafizi menambah bukti-bukti itu sebenarnya menunjukkan bahawa Zahid membelanjakan lebih RM2 juta untuk memberi ‘gula-gula’ itu.
“Setakat hari ini, PKR memfailkan 19 petisyen, kita akan berkongsi maklumat berkenaan petisyen dari masa ke semasa. Bukti-bukti ini akan dibawa ke mahkamah,” katanya.
Dalam PRU 13 lalu, Zahid memenangi kerusi parlimen itu dengan undian sebanyak 17,176 sekaligus  menewaskan Madhi dengan majoriti 2,108.
Difahamkan petisyen itu akan juga akan dihantar kepada Zahid pada masa yang akan ditentukan kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan