Amat mengejutkan fahaman seorang adun BN, himpunan Blackout 505 hanya sekadar pristiwa eletrik padam dan menggangap tiada penipuan langsung. Mereka seolah-olah buat pekak, bodoh dengan penipuan SPR, JPN termasuk senarai pengundi yang meragukan, dakwat kekal dan banyak lagi tuntutan BERSIH......
KUALA TERENGGANU: Pakatan Rakyat khususnya PAS Terengganu berazam menjadi pembangkang yang berkualiti dalam mengkritik kerajaan negeri.
Hishamudin Abd Karim (PAS-Tepoh) berkata, Kerajaan Negeri perlu kepada kritikan bagi menjadi sebuah kerajaan yang bagus.
"Ada wakil BN kata pembangkang tak pernah memuji usaha-usaha murni yang dilakukan kerajaan. Ini tidak betul.
"Ada perkara yang kita perlu kritik kerajaan. Kalau sentiasa puji barang kali kita (PAS) sudah jadi pemerintah, bukan pembangkang.
"Sebab itu kita ambil komitmen untuk menjadi pembangkang yang berkualiti untuk mengkritik kerajaan (negeri)," kata beliau sewaktu membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.
Beliau turut membidas kenyataan Iskandar Jaafar (BN-Jabi) semalam mengenai perhimpunan Blackout505 dengan mengulas mengenai kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang sedih dengan dakwat kekal.
Iskandar dalam ucapannya semalam mendakwa perhimpunan Blackout505 adalah berhubung peristiwa 'elektrik padam' pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.
"Menyentuh mengenai Blackout505, saya kira berlaku silap faham. Blackout505 bukan menceritakan elektrik padam semata-mata tetapi menceritakan demokrasi yang malap, demokrasi yang dikira sudah padam dalam PRU baru-baru ini.
"Laporan temu bual Sinar Harian dengan pengerusi SPR, Pengerusi SPR kata 'kalau orang tanya saya sekarang ini apa perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya jawab dakwat kekal'," kata Hishamudin.
Beliau mengambil contoh laporan yang dibuat oleh Jabatan Kimia yang telah mengambil sampel tisu dalam dakwat kekal.
"Laporan menunjukkan percanggahan dengan apa yang didakwa SPR iaitu dakwat kekal hingga tujuh hari.
"Oleh sebab itu apa salahnya kita beri ruang keapda rakyat untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka," katanya yang merupakan muka baru mewakili PAS di Dun Terengganu.
Selain itu, beliau membangkitkan isu pembangunan belia dan sukan yang didakwa tidak diuruskan dengan baik menurut laporan audit Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Beliau bersetuju agenda dan strategi yang dirangka untuk memartabatkan belia dan sukan.
"Tapi strategi agenda pendekatan ini tidak termaktub untuk membicarakan tentang agama secara komprehensif untuk diterapkan," katanya.
Tahun 2013 ini belum terlewat untuk melakar agenda yang komprensif untuk membimbing remaja dan belia.
"Penemuan dalam laporan audit Majlis Sukan Negeri Terengganu mendapati projek lambat disiapkan, kerja tidak mengikut spesifikasi, kemudahan sukan tidak diselenggara dengan baik, daftar pengagihan peralatan sukan tidak disediakan, peralatan sukan belum diagihkan dan kerja tidak lengkap.
"Jadi kelemahan ini perlu diberi perhatian untuk memastikan agenda pembangunan belia dan sukan dilaksanakan dengan baik.
Tuanku Mizan sewaktu merasmikan pembukaan penggal pertama sidang Dun Ke-13 Isnin lalu bertitah, generasi remaja sekarang memerlukan sentuhan mesra daripada pihak bertenggungjawab.
Kerajaan negeri titah baginda, perlu mempunyai pendekatan yang mampu menarik golongan ini mengikuti program-program belia dan sukan.
"Beta percaya sentuhan ke atas golongan muda mampu mencegah golongan ini terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat. Malah perlu diingat, golongan ini akan menjadi pelapis kepada kepimpinan negeri.
"Modul program-program belia dalam bentuk ilmiah dan sahsiah diri mampu melahirkan masyarakat berilmu dan berpengetahuan.
"Kesannya ruang bagi golongan belia untuk terlibat dalam aktiviti kurang sihat dapat diminimakan. Dalam masa yang sama dapat membentuk generasi ulung yang berkualiti dan dihormati," titah baginda.~ Hd

Tiada ulasan:
Catat Ulasan