22 Jun 2013

BANTAHAN TERHADAP SPR DITERUSKAN , ANAK MUDA DIRI 100 BUAH KHEMAH... ( +VIDEO )




Padang Merbok yang menjadi tempat himpunan Blackout 505 hari ini mula dibanjiri kira-kira 40 khemah yang didirikan peserta sebaik himpunan selesai kira-kira jam 6 petang tadi.

Ia adalah inisiatif NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang merupakan sebahagian daripada penganjur himpunan petang tadi.

SAMM sebelum ini bercadang memanjangkan protes terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama dua hari lagi sehingga ke hari anggota parlimen mengangkat sumpah Isnin depan.

kl black505 event camping 220613  Pengarah Propaganda SAMM, Edy Nor Redzuan berkata mereka berusaha untuk menyediakan tandas kepada peserta perkhemahan tersebut.

Katanya, kemudahan tandas berdekatan tapak perkhemahan tersebut didapati dikunci kemas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Di sekeliling tapak khemah juga sudah mula kelihatan bendera-bendera SAMM dipacak membentuk satu perimeter.

Pada masa sama, pengusaha gerai yang mula berniaga sejak awal pagi tadi di kawasan tempat letak kereta Padang Merbok masih meneruskan perniagaan mereka menjadikan tempat ini seperti tapak pesta.

Menurut Edy, rancangan asal untuk berkhemah sehingga ke hari parlimen mengangkat sumpah akan ditukar kepada berkhemah sehingga tujuh pimpinan tertinggi SPR meletak jawatan.

"Namun, kalau kita boleh bertahan sehingga esok tanpa gangguan pihak luar, itu sudah merupakan satu kejayaan besar," kata Edy.

Tambahnya, mereka mempunyai simpanan khemah tambahan sebagai ganti, sekiranya khemas sedia ada dirampas pihak berkuasa.




Kenyataan Umum
22 Jun 2013 - 7pm

Anak Muda Terus Berhimpun, Dijangka Bertambah Ramai dan Tidak Pulang Sehingga SPR Undur! -

Himpunan di Padang Merbuk masih lagi diteruskan dan masih ramai yang tidak akan pulang selagi 7 anggota tertinggi SPR tidak melepaskan jawatan masing-masing.

Sehingga jam 7 petang tadi, hampir 100 buah khemah telah dinaikkan sedikit demi sedikit. Kelihatan juga bukan sahaja khemah dari kumpulan NGO #SuaraRakyat505, tetapi terdapat banyak lagi khemah datangnya dari orang ramai yang menyokong perhimpunan lebih dari sehari ini.

Dijangka ramai yang kembali memenuhi Padang Merbuk dengan persiapan dan kelengkapan yang cukup. Juga akan bersama sepanjang malam ini adalah termasuk YB Tian Chua, YB Ustaz Marzukh (MP Bachok), Isham Rais, Haris Ibrahim, Arul PSM, che'GuBard dan ramai lagi.

Satu sidang media juga akan diadakan pada jam 9.30 malam ini di kawasan tapak perkhemahan Padang Merbuk. Semua wartawan dijemput untuk membuat liputan.

Ayuh bersama, kita mampu menjadikan kelainan untuk kali ini, Pulang hanya bila menang, anak muda mencipta sejarah. Biarlah malam ini menjadi satu permulaan yang hebat!

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan