08 Mei 2013

TERKINI ! USTAZ AZIZAN KEMBALI STABIL..JANGAN PERCAYA KHABAR ANGIN


Ustaz Azizan Kembali Stabil



Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang berada dalam keadaan tenat di Hospital Pulau Pinang dilaporkan kembali stabil.

Bekas Setiausaha media, Helmi Khalid melaporkan kepada Media Selangorku jam 5.30 petang tadi bahawa keadaan tekanan darah Azizan kembali normal.

Menurut Helmi, Azizan juga telah boleh menggerakkan kaki dan tangan.


Azizan dimasukkan ke hospital itu pada petang semalam dan kini menerima rawatan di unit kardiologi kerana mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.

Pengarah hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Yasmin Sulaiman berkata Azizan, 73, dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma semalam sebelum dipindahkan ke ICU pada pukul 9.15 malam tadi.



YG DIPERTUAN AGUNG MENZIARAHI Ust Azizan mantan MB Kedah di hospital pulau Pinang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan