20 Mei 2013

TERHOT ! PUNCA TEAM NAJIB KALAH DI SELANGOR KERANA DITIPU OLEH PROFESOR KANGKUNG?



Tiada Maklumat Lengkap, Punca Pasukan PM Tewas Di Selangor

DAMANSARA 20 MEI : Tiada maklumat lengkap tentang negeri Selangor, adalah punya utama Umno-BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak gagal menawan Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 yang lalu.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Perdana Menteri tidak diberikan penerangan yang sangat lengkap oleh mereka yang membuat kajian di Selangor.

“Saya dapati Najib dalam kenyataan akbar dan kempen ke Selangor tidak mempunyai maklumat yang betul dan terperinci. Jadi kenyataan beliau itu nampak sangat, beliau tidak mempunyai maklumat yang betul-betul menggambarkan negeri Selangor,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Media Selangorku di kediamannya di sini.

Tambahnya, adakala dia (Najib) dalam keadaan kelam kabut, misalnya ‘Pembangkang di negeri Selangor’ sangat tidak baik kerana tidak memantau keadaan negeri dan sebagainya.

“Sebenarnya, kenyataan itu menujukkan dia silap bahawa ‘Pembangkang di negeri Selangor’ adalah Barisan Nasional. Bererti beliau tidak disalurkan maklumat sebenar mengenai Selangor.

“Boleh jadi beliau diberikan maklumat oleh orang Selangor yang  suka kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

Secara berseloroh, Abdul Khalid menjelaskan situasi ini memberi pengajaran kepada Pakatan Rakyat agar tidak mudah mempercayai profesor dan pakar akademik dari universiti yang duduk jauh dari Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan