04 Mei 2013

TERHOT ! JABATAN PENERBANGAN AWAM (DCA) LANGKAWI DISELAR HALANG HELIKOPTER BAWA ANWAR !!!



Helikopter bawa Anwar dihalang di Langkawi

LANGKAWI 4 MEI: Tindakan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) diselar kerana cuba menghalang helikopter yang membawa Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Langkawi.

Menurut Setiausaha Politik 1, Mohd Shukri Md Saad, kelewatan sehingga dua jam menyebabkan Anwar gagal menghadiri Himpunan Pakatan Harapan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, petang semalam.

“Selepas solat Jumaat kami dapat panggilan daripada pemilik helikopter bahawa DCA tak benarkan helikopter meninggalkan Langkawi apabila nama Anwar ada dalam senarai penumpang,” Shukri kepada Keadilan Daily.

“Namun, ada sokongan dari pihak tertentu. Mereka benarkan Anwar guna pesawat kecil dan mendarat di Alor Setar,” maklum Shukri.

Anwar mendarat kira-kira jam 5 petang dan sempat singgah di Pekan Naka, Pedu.

Namun, beliau tidak dapat menghadiri program di Stadium Suka Menanti, Alor Setar kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat hadir. Minta maaf kepada semua. Pastikan kita semua turun beramai-ramai Ahad ini bagi mencapai matlamat untuk tawan Putrajaya,” kata Anwar kepada hadirin yang diperdengar melalui panggilan telefon.

Shukri memaklumkan, pergerakan Anwar dan pasukan menggunakan laluan darat dan beliau berjaya tiba di Sungai Petani dan Stadium Keladi di Kulim.

“Walaupun kita dihalang, tapi berjaya tiba di beberapa lokasi lain,” kata Shukri. -Keadilandaily


SEMALAM KEDAHKINI TELAH MELAPORKAN TENTANG SABOTAJ BACA SINI

Petang Semalam DSAI ketika Ceramah di Langkawi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan