26 Mei 2013

PECAH BERITA ! PROJEK BESAR PETRONAS MULA DIAGIH KEPADA KRONI ROSMAH? - DAKWA KAKITANGAN PETRONAS


Tsunami tauke Cina berlaku di Petronas?


Sekumpulan kaki tangan Petronas menyifatkan 'tsunami tauke Cina' kini sedang melanda syarikat minyak nasional itu.

Mereka hairan bagaimana Dialog Group Berhad tiba-tiba dikategorikan sebagai syarikat "tier 1" sedangkan, mereka mendakwa, ia bukanlah syarikat yang benar-benar berpengalaman dan layak untuk berada pada kategori itu.

"Adakah Dialog diletakkan secara misteri dalam kategori 'tier 1' kerana syarikat telah dirundingkan sebagai pihak yang mendapat manfaat utama di lapangan minyak D35 pesisir Bintulu?" salah seorang dari kumpulan kaki tangan Petronas itu mempersoalkan.


Mereka juga merasa ada sesuatu yang tidak kena sehingga Dialog akan menjadi kontraktor tempatan yang pertama yang mendapat taraf sebagai syarikat "tier 1", iaitu sebaris dengan kontraktor "production sharing contract" (PSC) yang bertaraf dunia dan berpengalaman seperti Shell, Exxonmobil, Murphy Oil dan lain-lain.

Mereka mempersoalkan, adakah selepas menguasai projek Petronas iaitu Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) bernilai US$20 bilion di Pengerang, Johor, Dialog akan mendapat satu lagi anugerah dengan cara yang sangat dipersoalkan.

Setelah dinaikkan taraf sebagai syarikat "tier 1", Dialog dilihat akan menerima satu lagi anugerah Petronas iaitu menguasai kawasan Balingian di pesisir Bintulu bermula dengan lapangan minyak Bayan dan D35 melalui kontrak pembangunan semula dengan syarikat minyak nasional itu.

Pengerusi Eksekutif Dialog Group adalah Ngau Boon Keat (gambar) yang juga Pengerusi Yayasan MyKasih. Beliau juga terlibat dalam Kertih Terminals Sdn Bhd, Centralised Terminals Sdn Bhd, Pengerang Independent Terminals Sdn Bhd and BC Petroleum Sdn Bhd.

"Nampaknya tsunami tauke Foochow Sarawak sudah melanda Petronas selepas Perdana Menteri mendakwa tsunami Cina dalam pilihan raya lalu

"Kalau benar tsunami Cina menolak BN dalam pilihan raya lalu, itu untuk mendapatkan keadilan.

"Tapi tsunami tauke Foochow Sarawak nampaknya untuk sapu habuan," kata seorang lagi dari kumpulan kaki tangan Petronas yang menemui wakil Harakahdaily itu
.

Mereka terus mempersoalkan, apakah yang menyebabkan Dialog layak dinaiktaraf kepada kategori "tier 1".

"Sapura Kencana Petroleum yang dikuasai anak Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu Datuk Mokhzani Mahathir pun masih lagi syarikat kategori 'tier 2'.

"Adakah Dialog lebih kukuh dan berpengalaman dari Sapura Kencana?" soal mereka.

Ditanya bagaimanakah perkara itu boleh terjadi, salah seorang dari mereka terus menyoal kembali: "Apa keputusan besar yang boleh dibuat di Petronas tanpa kelulusan (Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri) Shamsul (Azhar Abbas)?"

Lebih dari itu, kata seorang lagi, Petronas berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Kalau di bawah JPM, bolehkah sesuatu perkara besar dibuat jika tidak diluluskan oleh (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (isterinya Datin Seri) Rosmah (Mansor)?" katanya.

Secara sinis, kumpulan itu yakin Umno dan badan-badan seperti Perkasa tentu bersetuju dengan apa yang mereka sebut sebagai "tsunami tauke Cina di Petronas itu"..  ~ sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan