21 Mei 2013

PECAH BERITA ! #BEBAS ADAM ADLI - PEMBANTU KHAS YB ZAIRIL DIPUKUL SAMSENG !



Zairil dan Steven Sim ketika Sidang Akhbar dan mengutuk serangan oleh samseng pada sokongan malam  lilin  untuk Adam Adli. Pegawai Zairil itu, Rozaimin Elias dan Akmal Zakaria menjadi mangsa serangan itu. Rozaimin dan Akmal telah pun membuat laporan polis, malam tadi mengenai kejadian tersebut.



Zairil Khir Johari

 Pembantu khas kepada Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari dipukul ketika mengadakan "candlelight vigil" bagi memberi sokongan kepada aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim, malam tadi.

Zairil yang dipetik dari laman sosial Twitter mendakwa pembantunya itu, Rozaimin Khir Johari dipukul ketika upacara berlangsung di pintu depan Universiti Sains Malaysia (USM), Sungai Dua, Pulau Pinang.

"Baru dapat laporan pembantu khas saya @Rozaimin dipukul oleh samseng-samseng yang menyerang candlelight vigil bebaskan Adam Adli di USM," katanya.

Sabtu lalu, Adam Adli ditahan reman selama lima hari di bawah Kanun Keseksaan 124 B dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan bermula.

Sementara itu, Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami), Khalid Mohd Ismath berkata, sehubungan dengan penahanan Adam Adli, kumpulan aktivis akan terus 'berkampung' di hadapan lokap tersebut bagi membantah penahan rakan mereka itu.

"Kita juga akan bermalam di sini dan menyalakan lilin sepanjang lima hari penahanan Adam Adli," ujarnya.

Sementara itu, menerusi laman Twitter Rozaimin turut memaklumkan beliau telah selesai membuat laporan polis.

"Selesai laporan polis di Balai Polis Sungai Nibong.

"Saya, @AkmalKomal dan @Shaik_Itaro tidak akan undur lawan Umno!" beliau dipetik berkata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan