29 Mei 2013

PANAS ! ADUN BN PERAK NAK LOMPAT PARTI...HANGPA JANGAN CAYA BULAT-BULAT?


Kenyataan Media (29 Mei 2013)

ADUN LOMPAT: PR MESTI SERAH KEPADA RAKYAT


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat khabar angin yang dikatakan bahawa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Perak akan 'melompat parti' dan kejatuhan Kerajaan Negeri BN Perak amat serius sama sekali. Bagi kami peristiwa yang pernah berlaku seawal Februari 2009 semasa rampasan kuasa jahat oleh BN yang telah menjatuhkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Perak perlu diambil sebagai pengajaran yang amat berguna.

Pertamanya kami tegaskan, kami tidak bersetuju sama sekali jika benar ada ADUN BN yang akan melompat bagi menumbangkan kerajaan negeri di Perak. Kami berharap kepimpinan PR tidak mengulangi 'kemarahan rakyat' ketika kita pernah ditumbangkan dalam keadaan yang sama. Keduanya bagi kami, jika ketidakpuasan hati ADUN BN terhadap kepimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir adalah masalah diantara mereka dan tiada kaitan dengan PR sama sekali.

Walaupun pelbagai cerita yang dimaklumkan beberapa janji Datuk Seri Zambry yang akan melantik EXCO mengikut daerah tetapi hasilnya dilihat gagal antaranya Daerah Kerian dan Kuala Kangsar serta termasuk beberapa ADUN yang lebih 'senior' masih juga tidak dilantik. Ini tidak termasuk Datuk Nasarudin Hashim, ADUN Kawasan Bota yang pernah dijanjikan EXCO oleh Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Tan Sri Mohamed Ghazali dahulu yang pernah dikatakan merajuk dan keluar parti dahulu masih juga tidak dilantik.

Tetapi bagi kami, jika benar beberapa orang ADUN BN yang ingin melompat, sepatutnya dikembalikan kepada rakyat iaitu memberikan usul tidak percaya kepada Datuk Seri Zambry dan seterusnya membubarkan DUN Perak bagi diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) peringkat Negeri Perak. Inilah cara yang terbaik dan sewajarnya kepada ADUN BN yang menolak kepimpinan Datuk Seri Zambry dan peluang rakyat memilih kembali PR untuk memerintah Perak!

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

5 ulasan:

  1. Masalah yang akan timbul jika dewan dibubarkan:
    1. Atas tiket apakah mereka akan bertanding? PR atau BN? Apakah PR sudi memberikan kerusi mereka untuk calon2 yang tidak berpuas hati terhadap Dato MB Perak ini?

    2. Jika PR setuju untuk memberikan kerusi mereka untuk mereka tandingi, maka apakah reaksi rakyat? Apakah rakyat akan mengundi mereka sedangkan merekalah pengkhianat parti.

    3. Mereka sanggup tidak bertanding...

    BalasPadam
  2. Bagi aku ..mudah sahaja.. jika ADUN BN nak melompat biarkan mereka melompat..

    Kena ingat..ADUN PR yang melompat dahulu adalah kerana bermasalah dan dipancing oleh Najib - UMNO.. Tapi kalau atas kesedaran sendiri .

    Berubah kepada Kerajaan PR yang lebih bermaruah... Aku fikir rakyat tiada masalah malah mengalu-alukannya..Tapi ADUN BN tersebut mestilah tidak demand..supaya tidak dilihat ada udang di sebalik batu..

    BalasPadam
  3. Itu cuma ugutan je..oleh krn tidak d lantik menjadi exco sekurang2nya dapat jg laba dgn ugutan tersebut..org jenis mcm ni yg penting duit je..klu pr seronok dgn lompatan mereka bermakna bala akan menanti..jgn percaya 100% dan jgn terima bulat2 puak2 ni..sikap curiga tu mesti ada sbb bila2 masa je puak2 ni akan lompat balik ke parti asal..janji masyukk..

    BalasPadam
  4. Ape kate bila pemimpin lompat parti kembalikan mandat pada rakyat untuk memilih.buat prk biar rakyat memilih semula.org yg hianat dengan amanah yg rakyat beri elok kita pancung jer"biar tak buat lagi...

    BalasPadam
  5. Jangan layan cite2 ADUN BN nak lompat, lebih baik lawan dgn petisyen.

    BalasPadam