29 Mei 2013

GEMPAR ! PUNCA INSIDEN PIALA FA " HURU-HARA " TERBONGKAR !!! [ + VIDEO INSIDE ]


Dipercayai  punca limpahan penonton terdapat  jualan tiket palsu  seperti yang dilapurkan.  Mungkin juga penglibatan orang dalam yang membenarkan kemasukan penonton tanpa tiket ?




Gambar ‘huru-hara’ insiden Piala FA

Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.
Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.

Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.

Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk.

Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen.


Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bercakap dengan anggota keselamatan ketika turun ke padang bagi mententeramkan penyokong Pahang yang memenuhi trek bersebelahan padang pada Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur di sini, malam Selasa. Para penyokong Pahang terpaksa duduk di trek stadium akibat kehadiran penyokong yang terlalu ramai. Perlawanan yang tertangguh hampir dua jam akhirnya ditunda ke hari lain.







Seorang penonton terkena objek terbang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan