07 April 2013

TERHANGAT ! ZAHID MINTA MELAYU SOKONG PAKATAN MANAKALA SALEHUDDIN JADI AGEN UMNO BUAT DUIT...!!!



Zaid jelaskan kenapa Melayu mesti undi Pakatan

 Setelah lama berdiam diri, bekas defakto Menteri Kehakiman, Datuk Zaid Ibrahim menulis dan meminta orang Melayu mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini.

"Kepada mereka (orang Melayu), saya cadangkan, inilah peluang anda untuk mendapat kerajaan baru.

"Kerajaan baru akan membolehkan anda membuat perbandingan antara yang ada sekarang dengan yang baru," tulis Zaid dalam blognya.

Menurut Zaid, rakyat telah diberitahu dari masa ke semasa bahawa hanya Umno dan BN boleh memerintah dan melindungi mereka.

"Adalah lebih baik anda sendiri mengesahkan perkara ini. Macamana kita tahu Pakatan akan terlebih buruk dari Umno kalau kita tidak bagi mereka peluang?" kata Zaid.

Bagi Zaid, rakyat negara ini khasnya orang Melayu tidak patut membiarkan mereka dibuli sentiasa.

"Parti pembangkang yang ada sebenarnya mempunyai Melayu lebih ramai berbanding BN, jadi mereka tidak akan menyusahkan anda," katanya.

Katanya, mereka (Pakatan Rakyat) telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan layak diberikan peluang.

"Apa yang pasti, anda akan mendapat sekolah yang lebih baik, guru yang lebih baik untuk anak anda (kerana mereka lebih memberikan masa untuk mengajar dari berpolitik) dan juga suasana yang lebih selamat dari polis dan tentera.

"Hatta, pendapatan anda akan meningkat dari kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang kurang rasuahnya," jelas Zaid lagi.

Zaid juga berkata, rakyat tidak akan rugi apa-apa dengan mengundi pembangkang.

"Jika pembangkang lebih kuat dengan undi anda tetapi BN tetap menang, anda akan mendapat lebih banyak wang tunai yang akan diberi sebagaimana yang mereka janji.

"Wang dan projek hanya diberikan kepada anda kerana pembangkang kuat, jika pembangkang lemah, tentu anda tidak akan mendapat BR1M 1 dan 2.

"Adalah jelas, jika anda mahukan lebih dari BN, anda undi pembangkang. Belajarlah menghargai undi anda untuk memperbaiki hidup anda," tegas Zaid.-

Sementara itu bekas SU Agong terus buat duit dan melaksanakan dendam peribadinya.....

Ejen Bekas Setiausaha Agung KEADILAN Rekrut Calon Bebas Tajaan Umno?


Seperti dijangka, politik di Sabah tidak boleh dipisahkan dengan taburan wang berjuta-juta ringgit semata-mata mahu terus kekal berkuasa di kawasan masing-masing.

Terbaru, Jalan Pulang mendapat maklumat dari seorang ketua cabang KEADILAN di negeri ini yang memberitahu ejen-ejen bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Salehuddin Hashim kini merayau-rayau di sekitar Kota Kinabalu dipercayai atas misi khas arahan Umno pusat di Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu kehadiran ejen Salehuddin di sini dikatakan akan cuba merekrut calon-calon bebas untuk bertanding di kawasan parlimen dan DUN tertentu bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum tidak lama lagi.

Dia yang digantikan dengan Saifuddin Nasution Ismail pada Januari 2010 pernah dipercayai meminta sehingga RM9,000 sebulan sebagai gaji dan elaunnya semasa menjawat jawatan tersebut.

Malah dipercayai dia juga antara dalang di sebalik keluarnya beberapa bekas ahli parlimen KEADILAN iaitu Tan Tee Beng, Zahrain Mohd Hashim dan Wee Choo Keong.

Pada 2 Mac 2010, bekas Timbalan Presiden KEADILAN, Syed Husin Ali pernah mendedahkan bahawa Salehuddin meletak jawatan dan bertindak menentang parti itu kerana gagal mendapat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perangsang yang gajinya adalah RM50,000 sebulan.

“Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap parti, terutama pimpinannya, sering turun naik. Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila “permohonannya” untuk menjadi CEO Kumpulan Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan,” dedah Syed Husin.

Sabah merupakan sasaran ejen-ejen upahan Umno seperti Salehuddin mencari seberapa banyak calon bebas yang bakal memecahkan undi antara calon Pakatan Rakyat dengan dengan calon BN.

Ia dikuatkan lagi dengan beberapa pendedahan terbaru mengatakan berjuta-juta ringgit sedang disalurkan ke negeri ini melalui beberapa proksi pemimpin Umno, seperti contoh, Michael Chia yang rapat dengan BEKAS ketua menteri, Musa Aman dan BEKAS menteri di jabatan perdana menteri, Nazri Aziz.

Modus operandi mereka, dengan menggunakan sejumlah wang yang tidak diketahui akan cuba melantik seseorang yang agak berpengaruh di sesebuah kerusi parlimen atau DUN dan menaja mereka sebagai calon bebas tidak kira sama ada hilang wang deposit atau tidak selepas keputusan pilihanraya diumumkan.

Bagaimanapun ia terhad kepada kerusi kritikal BN iaitu kerusi berstatus kelabu (50:50) seperti di kawasan parlimen dan DUN di Tuaran, Sepanggar, Tenom, Beaufort dan Penampang.

Maklumat ini juga mendedahkan ejen-ejen ini tidak akan memperkenalkan diri mereka orang suruhan pemimpin tertentu sebaliknya hanya akan memberitahu apakah mereka perlukan wang untuk keperluan harian dan sebagainya.

Pemimpin tempatan yang berjaya dipengaruhi akan bersetuju dengan syarat-syarat yang dikenakan dan bayaran deposit termasuk belanja pencalonan parlimen atau DUN akan diserahkan beberapa hari sebelum hari penamaan calon.

Mengikut pindaan terbaru Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), mana-mana kertas pencalonan tidak akan ditolak kerana tiada lagi masa bantahan sejam dan hanya diberi peluang untuk menarik diri dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman rasmi calon dibuat.

Kini ejen-ejen Salehuddin dikatakan akan cuba memancing pemimpin setempat di parlimen yang disenaraikan di atas bagi mengurangkan peratusan kemungkinan BN akan kalah dan menjamin kemenangan mereka walaupun majoriti dijangka berkurangan.

Kepada para petugas dan penyokong Pakatan Rakyat di Sabah, jika anda mempunyai maklumat tentang kegiatan haram ini boleh melaporkannya kepada pemimpin Pakatan Rakyat atau membuat laporan polis sekiranya ada cubaan sedemikian dilakukan ke atas pemimpin masing-masing.

Ternyata Musa sedar bahawa BN kini dalam bahaya dan apa saja taktik kotor akan dilakukan termasuk menggunakan kaedah yang tidak bermoral ini.~Jp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan