10 April 2013

PECAH BERITA ! PUNCA NAJIB TANGGUH UMUM CALON BN TERBONGKAR..?!!!


Maklumat sahih yg aku dapat Najib akan umumkan senarai nama calon UMNO pada hari ni..TAPI secara tetiba dia telah menukar fikiran dan menangguhkan utk beberapa hari lagi...Najib ada bagi alasan.. bla.. bla.. ble.. bluwekk.... tapi yg sebenarnya berkaitan dgn kedudukan Raja Nong Chik yg dikaitkan dgn dot..dot..dot...dan tindakan beberapa pemimpin veteran UMNO yg mahu keluar dari parti...!!!

 Inilah UMNO.. semuanya berebut utk menjadi calun seolah kemenangan sudah termeterai sebaik saja nama mereka dicalunkan....jika mereka laparkan kuasa.. ayuh rakyat pastikan mereka yg lapar itu kebuluran terus.. dgn mengundi PR..!!! 

10 April 2013... BN akan mengumumkan senarai calon yg bertanding dan digugurkan secara paksa atau rela...adakah BN akan berkubur sebelum berjuang kerana pertelingkahan dan perebutan utk menjadi calon..??? sonok.. sonok..!! hehe kita tunggu sapa yg akan mengumumkan pencalonan Najib.. Mudim atau Rosmah.atau Maddey..????   SUMBER



Spekulasi bertiup kencang hari ini..... Berkemungkinan besar, dua bekas menteri besar perak ini akan menyertai Pakatan Rakyat. BENAR atau TIDAK kita tunggu malam ini.... Ini membuat Najib semakin penin tekanan demi tekanan  datang dan merupakan pengalaman pertama beliau memilih calon-calon BN.


Mahathir juga minta bertanding di Putrajaya, selain melobi  untuk katak tunggang beliau Brahim Ali bertanding atas tiket BN.... ?




Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad katanya berminat untuk mengambil bahagian secara langsung dalam pilihan raya ke-13 dengan diberikan peluang menjadi calon. Khabarnya kawasan pilihan atau diharap-harap Mahathir ialah Putrajaya.

Mahathir katanya tidak menyuarakan sendiri hasrat itu tetapi diisyaratkan menerusi seorang khadamnya yang telah berjumpa dengan wakil peribadi Najib semalam. Mahathir katanya berubah angin apabila mendapat tahu PAS telah megumumkan Husam Musa sebagai calonnya di Putrajaya.

Khadam Mahathir itu memberi tahu wakil peribadi Najib, Mahathir bimbang dengan keupayaan Teuku Adnan Teuku Mansor untuk mempertahankan kerusi parlimen berkenaan. Dari tinjauan dan kajian di pejabat Yayasan Perdana, - pejabat operasi Mahathir, pegawai kerajaan mungkin mendapat pilihan baru kalau Husam diletakkan bertanding di Putrajaya.

Katanya diukur dari segi kredibiliti, idea dan syaksiah diri Husam jauh lebih baik berbanding dengan Teuku Adnan yang pernah dilumuri dengan skandal perjudian di Genting. Secara tidak langsung Mahathir mengakui akan kehebatan Husam sebagai pemimpin masa depan.



Senarai calon UMNO BN yang Kena reject telah bocor...!! - BERITA BARU DITERIMA :

BEKAS perdana menteri, Najib hari ini menangguhkan pengumuman senarai calon Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk pilihanraya umum tak lama lagi.

Dengan menjadikan alasan mahu memujuk beberapa pemimpin yang merajuk kerana digugurkan, sebenarnya ia hanyalah alasan dangkal kerana dikhabarkan keadaan agak kecoh apabila pemimpin yang mengetahui nama mereka tidak tersenarai mula merayu dan mahu berjumpa sendiri dengan Najib Altantuya.


Mengikut maklumat yang bocor, sumber ini mendedahkan lebih 25 calon Umno sendiri tergolong dalam salah satu dari tiga kategori iaitu:

a) Senarai calon yang digugurkan secara automatik

b) Senarai calon yang tidak dibenarkan bertanding; dan

c) Senarai calon kekal tiada dalam senarai tapisan pertama dan kedua

Mendahului senarai adalah BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed Yakcop diikuti oleh beberapa nama besar lain seperti BEKAS ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin, BEKAS ahli parlimen Putrajaya, Adnan Mansor dan tidak ketinggalan, BEKAS perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi di parlimen Kepala Batas.

Inilah senarai yang dikatakan bocor selepas mesyuarat tertutup antara pemimpin BN siang tadi di ibu pejabat parti itu Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.

.

DROP LIST: 


1. Nor Mohamed Yakcop
2. Awang Adek Hussein
3. Shahrizat Jalil (she already announced not to contest)
4. Noh Omar
5. Abdullah Ahmad Badawi
6. Abdullah Md Zin
7. Abu Seman Yusop
8. Azalina Othman
9. Azmi Khalid
10. Baharum Mohamed
11. Bung Mokhtar Radin
12. Halimah Mohd Sadique
13. Hamim Samuri
14. Ismail Kassim
15. Jamaluddin Jarjis
16. Lilah Yassin
17. Mohd Nazri Aziz
18. Mohd Johari Baharum
19. Mohd Zin Mohamed
20. Rafidah Aziz
21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin
22. Tengku Adnan Tengku Mansor
23. Shahrir Samad


NOT ALLOWED TO CONTEST
1. Reezal Merican
2. Abdul Azeez Abdul Rahim

NO MORE OF THESE
1. Abdul Rahim Tamby Chik
2. Mohd Isa Samad
3. Radzi Sheikh Ahmad
4. Syed Hamid

Sumber List

BERITA GEMPAR AKAN KELUAR SEBENTAR LAGI ....SEDANG DIEDIT DI BILIK MARKAS - ikuti Kedahkini

2 ulasan:

  1. Hang boleh bagi sapa sahaja bertanding di Parlimen. Tapi jangan sekali-kali Mahadey.... ini orang kalau dia buat komplot dengan anak dia dan beberapa orang lain... kau Najib boleh balik Sulawesilah nampaknya. JKKK Mudin anak Yasin lebih baik halang segera kalau tak hang melompong walaupun untuk jawatan Menteri Kabinet... hang boleh jadi pengurus sepenuh masa untuk anak kaulah lepas ni.

    BalasPadam
  2. Allah berikan umor kpd madey utk dia sendiri memusnahkan maruah dan kewibawaan dia bila terus merosakkan keadaan politik diMalaysia

    BalasPadam