05 April 2013

GEMPAR ! MB NEGERI 9 RAMAL SABOTAJ AKAN BERLAKU SELEPAS SENARAI CALON KELUAR..!!!


 MB Negeri Sembilan ramal sabotaj akan wujud selepas senarai calon keluar

KUALA LUMPUR, 4 April — Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamad Hasan meramalkan akan wujud unsur sabotaj dan kumpulan berpuak-puak sebaik senarai penuh calon keluar menjelang Pilihan Raya 2013 tidak lama lagi.


Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata ini berlaku kerana akan ada yang tidak berpuas hati jika tidak tersenarai sebagai calon.


“Bila dah umum calon nanti ada yang sabotaj parti dan akan ada dua kumpulan berpuak-puak,” kata Mohamad.


“(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib dah cakap tadi, jangan gaduh-gaduh,” tambahnya yang ditemui wartawan diperkarangan lobi bangunan Umno di PWTC di sini.


Dalam pada itu lagi, Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) dapat meraih kemenangan dengan majoriti dua pertiga dengan syarat dua ramalannya tersebut dapat diatasi dan ditangani sebaik senarai calon dikeluarkan oleh Najib, yang juga merupakan pengerusi BN.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan