02 April 2013

GAH PARLIMEN BUBAR ESOK...HANGPA TANYA KAK MAH DAH KE...?!!!


Dah letih nak tunggu..berapa kali dah najib merapu.....kalau RM umum baru aku percaya...

PECAH BERITA! Punca Parlimen Bakal Dibubar ESOK Terbongkar!


Parlimen Malaysia dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan.

Ini berikutan pengedaran surat pekeliling dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat.

Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Najib Altantuya mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu.

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib Altantuya mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini.


Tempoh 60 hari adakan pilihanraya umum ke-13

“Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu,” kata seorang Menteri semalam.

Tempoh satu penggal atau lima tahun dari pilihanraya umum ke-12 akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.

Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan pilihanraya umum ke-13 bagi membentuk kerajaan baru.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Mohamad Hasan.

Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi.

Dipercayai, Najib Altantuya memilih esok 3 April sebagai tarikh pembubaran parlimen bersempena genap empat tahun menjadi perdana menteri setelah mengambil alih jawatan tersebut pada tarikh sama.

Bagaimanapun ia masih belum dapat disahkan memandangkan Najib Altantuya pada Ahad lalu mengumumkan akan menunaikan umrah ke tanah suci Makkah sekaligus cuba 'merekrut' Allah seberapa cepat yang boleh sebelum memanggil pilihanraya.



Kak Mah.....tak bagi restu lagi, hangpa pandai-pandai .....nie dia mai Lima Langkawi..dia tak kata apa2 pun.....

2 ulasan:

  1. apa kena mengena dengan isteri PM plak..tulislah yang ilmiah sikit...macam ni kah cara orang melayu berfikir....bengong betoi....
    memang betoi lah perangai orang melayu ni teruk.....tak macam kaum cina tu sokong habis bangsa depa...

    BalasPadam
  2. Ntah la bodoh betul

    BalasPadam