Siri letupan bom terbaru di zon Merah Op Daulat11:02AM Mac 9 2013
Di Felda Sahabat 16, Beberapa bunyi dentuman bom kedengaran datang dari kawasan zon merah Op Daulat pada jam 1 pagi dan 7.30 pagi ini
Siri letupan letupan itu kedengaran selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan sulu yang menjadi Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, sebagai kubu mereka sejak 12 Februari lalu.
Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat. Namun bagi penduduk Felda, Norashikin Sarbani, 33, berkata mendengar bunyi letupan itu membuatkan hatinya berdebar tetapi yakin ia bunyi letupan daripada pasukan keselamatan.
"Kami di sini rasa lebih selamat kerana kehadiran pasukan keselamatan yang ramai. Kami sudah tidak takut," katanya kepadaBernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat, Khamis lalu berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat.
Gerakan Op Daulat yang memasuki hari kelima hari ini mengesahkan 52 penceroboh militan terbunuh.
Sejak pencerobohan itu juga seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.
Malahan bagi peneroka Mujhi Bakrun, 39, beliau kini tidak perlu risau kerana kesungguhan kerajaan untuk menghapuskan kumpulan penceroboh militan itu.
- Bernama
Keluarga Dakwa Agbimuddin Kiram Masih Hidup
MANILA: Adik Sultan Sulu, Raja Muda Agbimuddin Kiram masih hidup dan selamat di Lahad Datu namun dia dan pengikut-pengikutnya berada dalam keadaan kelaparan kerana terpaksa bersembunyi daripada anggota keselamatan Malaysia, kata ahli keluarganya pada Jumaat.
"Mereka sentiasa bergerak, tidak dengan bot atau dengan mana-mana cara pengangkutan tetapi keupayaan sendiri...mereka berjalan. Mereka sangat kelaparan," kata Idjirani pada sidang media seperti yang dilaporkan Philippine Daily Inquirer.
Idjirani berkata dia dapat bercakap dengan Agbimuddin kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat.
Terdahulu, anak perempuan daripada Jamalul Kiram, Jacel Kiram memberitahu media bahawa bapa saudaranya masih selamat di Lahad Datu. -mstar
Terdahulu, anak perempuan daripada Jamalul Kiram, Jacel Kiram memberitahu media bahawa bapa saudaranya masih selamat di Lahad Datu. -mstar
MENYUSUL LAGI.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan