Jurucakap 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram, Jacel Kiram mendakwa "konspirasi sebenar" adalah di antara Najib dan Aquino
Media Filipina siasat dakwaan konspirasi
Pemimpin Filipina berkata satu siasatan akan dijalankan ke atas konspirasi di sebalik pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu ke Sabah untuk mengenalpasti punca keganasan yang berlaku.
Jurucakap timbalan presiden negara itu, Abigail Valte memberitahu stesen radio dzRB bahawa presiden Benigno Aquino III berhasrat untuk menjalankan siasatan itu selari dengan usaha untuk menyelesaikan krisis berkenaan secara aman.
Portal berita PhilStar juga memetik kenyataan Valte bahawa usaha berkenaan selari dengan tuntutan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki Moon agar untuk menghentikan
pertentangan dengan segera.
Laporan hari ini juga menyebut, pegawai istana presiden sebelum ini mempersoalkan keupayaan 'Kesultanan Sulu' untuk membiaya pencerobohan Sabah dan percaya pengikut berkenaan didorong dengan janji untuk mendapatkan habuan sebanyak $600 setiap seorang.
Ia menyebut, pihak berkuasa Filipina juga menyiasat kemungkinan bahawa ekspedisi bersenjata itu cuba memalukan kerajaan Malaysia dan Filipina dan menggunakannya dalam tuntutan kesultanan itu di Sabah.
Biro siasatan kebangsaan negara itu dilaporkan melancarakan siasatannya dua hari lalu dengan memanggil penasihat kesultanan itu Pastor ‘Boy' Saycon untuk siasatan, sementara Aquino dijangka akan memaklumkan kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak berhubung pemimpin konspirasi berkenaan, seperti yang didakwa.
Bagaimanapun, jurucakap 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram, Jacel Kiram menafikannya dan mendakwa "konspirasi sebenar" adalah di antara Najib dan Aquino.
Beliau sepertimana dilaporkan mendakwa, perkara ini adalah untuk membantu rundingan di antara kerajaan Filipina dan militan Moro Independent Liberation Front dan pada masa yang sama mengalihkan perhatian orang ramai daripada keganasan yang berlaku di Sabah.
"Teori konspirasi ini adalah satu penghinaan kepada rakyat Filipina dan kepada kesultanan Sulu, lebih-lebih lagi kepada Raja Muda (Azzimudie Kiram, yang mengetuai hampir 200 orang pencerobh di Sabah) dan rakyatnya," kata Jacel kepada media Filipina semalam.
Palace justifies Sabah probe
The Palace made this clear a day after the National Bureau of Investigation (NBI) summoned the sultanate’s adviser Pastor “Boy” Saycon for questioning on Tuesday on suspicion that he was part of a conspiracy to create unrest in Sabah by making hundreds of mostly armed followers of Sultan Jamalul Kiram III sail to the territory and claim it as their own.
Saycon is secretary general of the Council for Philippine Affairs or COPA.
SAMBUNG LAGI SINI
Najib sbg "syaitan yg dikenali" tentu sekali tidak akan bersekongkol dgn Sultan Sulu yg Islam.Maka sbg syaitan...dia menipu dan menipu.Rakan karib syaitan ini sudah tentu org kafir sprt Aquino.
BalasPadamOit.. tuan punya blog, Jacel tu anak Sultan Sulu celop tu. Dah tentu dia tuduh macam2.. apa punya bangang blog ni. Dia pernah tunjuk gambar palsu kononnya polis Malaysia kejam. adehh..
BalasPadamhahahaa.. ni blog paling bodoh pernah aku baca.. syaitan tu cuba nak meruntuhkan negara ko sendiri pun ko tak sedar ! dah la kiram tu bangang yg ko pun sama bangang..
BalasPadamnama pun jacel.. apa punya blog bodoh x sekolah bole percaya perempuan gila kuasa mcm tu..
BalasPadamPalaknya..sultan celop warna pink..sah sah menceroboh nk spin lgi..empuk ke dinding
BalasPadamJacel nma islam??... Kiram?? Persoalan??
BalasPadam