20 Mac 2013

SPRM 'bertindak sewajarnya' ke atas bukti Global Witness...Boleh Caya Ke ?


SPRM 'bertindak sewajarnya' ke atas bukti Global Witness

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas maklumat yang didedahkan NGO Global Witness berhubung dakwaan urusniaga belakang tabir melibatkan keluarga ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustaffar Ali dalam satu SMS kepada Malaysiakini berkata suruhanjaya berkenaan akan bertindak ke atas bukti baru yang timbul itu.

"Siasatan sedang dijalankan. Dengan bukti baru yang timbul, SPRM akan bertindak sewajarnya," kata Mustaffar kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Bukti video berkenaan antara lainnya merakam dakwaan yang menunjukkan bagaimana ahli keluarga Abdul Taib dan rakan perniagaannya menyalahguna lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.

Global Witness juga mendedahkan dakwaan mengenai modus operandi kegiatan ahli keluarga dan rakan niaga Taib untuk mengelak daripada cukai dan syarat pegangan saham.

NGO yang menyiasat dan berkempen untuk menentang pencabulan hak asasi dan dalam sekitar itu merakam video berkenaan secara rahsia.

Abdul Taib bagaimanapun menafikan dakwaan sepupunya bahawa mereka menjadi pengantaranya bagi kontrak pembalakan.


Tentang Perkara Barkaitan Lihat Komen Dari Transparency International Malaysia (TI-M), 

TI-M: Video Taib Mahmud bukti BN amal rasuah secara sistematik

KUALA LUMPUR 20 MAC: Pendedahan video skandal tanah melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud menunjukkan tahap sebenar rasuah di Malaysia dan bukti jenayah itu dijalankan golongan pemerintah secara sistematik.

Pada sidang media hari ini, Setiausaha Agung Transparency International Malaysia (TI-M), Josie Fernandez berkata demikian merujuk bukti rakaman oleh Global Witness (GW).

Rakaman itu mendedahkan pertemuan ahli keluarga Taib dan ejen syarikat dengan penyiasat GW yang menyamar sebagai pelabur asing.

Dalam video itu, mereka mengakui skandal rasuah tanah yang berlaku dan peguam menjelaskan kaedah yang digunakan bagi mengelak dicekup pihak berkuasa dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

“Rasuah menjadi kegiatan sistematik, dikendalikan oleh ahli politik, pegawai kerajaan, peguam dan sebagainya,” katanya sambil menyifatkan Taib sebagai pemimpin rasuah.

Josie turut menggariskan beberapa tuntutan segera TI-M agar skandal rasuah tanah di Sarawak ditangani segera.

“TI-M menggesa Taib segera meletak jawatan sementara menunggu siasatan ke atas video dan meminta Jabatan Hasil Dalam Negeri menyiasat pendedahan itu yang dinyatakan melakukan pengelakan cukai.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti menjalankan siasatan dengan bebas dari kawalan kerajaan,” katanya.

Beliau juga berharap kerajaan Singapura menyiasat aliran wang haram yang dibawa dari Sarawak ke negara itu seperti yang didedahkan dalam video berkenaan.

Josie turut mendesak Majlis Peguam Sarawak meneliti kenyataan peguam, Alvin Chong yang mempunyai kepentingan besar dalam kerajaan negeri dan syarikat kroni Taib.

“Masalah rasuah ini begitu kronik. Ketua Pengarah Perhutanan Sarawak juga wajib menyiasat penjualan tanah di negeri itu,” katanya.

Sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) itu adalah mengenai rasuah tanah Sarawak.

Hadir sama, aktivis Hishamuddin Rais; Koordinator Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim; Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel; dan aktivis sosial

Tiada ulasan:

Catat Ulasan