25 Mac 2013

SABAH GOYANG...MASA RAKYAT JATUHI HUKUMAN


MASA UNTUK RAKYAT JATUHI HUKUMAN
DEMAM untuk 'tukar', telah bertiup kencang semenjak dua tahun yang lalu. Kesabaran rakyat Sabah kali ini akan berahir dalam masa tiga minggu lagi, apabila hari yang dinantikan sekian lama akan muncul.

Hari keramat itu pasti muncul iaitu pada hari pengundian PRU 13. Kita percaya hampir 90 % rakyat jelata Sabah sudah ada keputusan di hati mereka; malah akan membuat keputusan bersejarah kali ini.

Satu keputusan yang mungkin akan menghilangkan satu parti pemerintahan terbesar di Malaysia, dari bumi Sabah. Ini adalah keputusan muktamad. Sejarah membuktikan pada kita, mana-mana parti pemerintah Sabah yang telah tersungkur di bumi Sabah; tidak akan berdiri kembali, ini termasuk lah kesemua Mantan Ketua Menteri yang telah tewas di tangan rakyat.

Kita mesti ingat, rakyat Sabah adalah rakyat yang paling bijak berpolitik dan tidak akan dapat dipengaruhi oleh sesiapa. Andainya hati mereka telah ingin menukar kerajaan, apakan tidaknya, sejarah membuktikan tiga buah kerajaan telah ditukar oleh rakyat Sabah iaitu Kerajaan Usno, Berjaya dan PBS. Maka sudah pasti kali ini, satu sejarah akan tercatit lagi sebuah kerajaan baru akan muncul untuk rakyat.

BN sabah di terajui oleh 'abang besar' iaitu UNITED MALAY ORGANISATION, telah memerintah Sabah sejak 1994 lagi. Rakyat Sabah masih ingat janji Tun Mahathir. Demi keadilan untuk semua kaum, Ketua Menteri akan digilirkan setiap dua tahun sekali.

Akan tetapi, selepas Tan sri Chong Kah Kiat, jawatan Ketua Menteri ini telah dijadikan milik penuh UNITED MALAY ORGANISATION hingga la ke hari ini. Adakah ini dimaksudkan "JANJI DI TEPATI?"

Alasan Ketua Menteri secara bergilir ini dilaksanakan akan mengganggu sistem kerajaan, ini satu alasan yang tidak diterima. Apa yang rakyat Sabah ingin lihat ialah setiap kaum di Sabah ada peluang menjadi Ketua Menteri. Had Ketua Menteri hanya untuk dua tahun, adalah cara terbaik untuk mengurangkan penyalah gunaan kuasa oleh Ketua Menteri itu.

Kita percaya jawatan Ketua Menteri itu akan kekal milik 'abang besar' iaitu UMNO. Oleh itu PBS, UPkO, PBRS dan LDP, jangan bermimpi lagi inginkan jawatan itu. Hanya rakyat Sabah berhak menuntut jawatan Ketua Menteri ini dengan menjatuhkan hukuman kali di dalam PRU 13.

Adakah BN boleh kekalkan 59 kerusi yang mereka perolehi pada 2008 itu? Senario politik sekarang jika dibandingkan pada 2008, jauh telah berubah. Kesungguhan untuk menukar kerajaan telah tertanam di hati rakyat Sabah sangat tebal, terutamanya masyarakat Tiong Hua dan KDM.

Sementara itu, bagi masyarakat Bumiputera Islam pula, kedudukannya adalah setakat 50-50 antara BN dan PR. Jika mengambil senario ini, serta angin perubahan yang sedang bertiup kencang di bumi Sabah; adakah BN dapat mengekalkan 59 kerusi mereka ini?

Mengikut analisa terbaru, mungkinkah STAR yang diketuai oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan akan menyapu bersih kesemua kerusi KDM, dan PR menerusi DAP akan menawan sekurang-kurangnya 8 kerusi majoriti Cina?

Sementara itu 3 kerusi lagi jatuh ke tangan SAPP. Bagi kerusi majoriti Bumiputera Islam yang di kuasai oleh UMNO itu, PKR dan PAS berkemungkinan menawan sekurang kurangnya 9 kerusi, jika senario ini berlaku maka kedudukan PRU 13 nanti adalah seperti berikut

BN - 26 kerusi

PR - 17 kerusi

STAR - 14 Kerusi

SAPP - 3 Kerusi

Jika ramalan ini menjadi kenyataan, maka sewajarnya rakyat Sabah bakal melihat sebuah kerajaan baru bakal muncul, dengan STAR dan SAPP bakal menjadi 'King Maker' kali ini. Sama-samalah kita tunggu.

Oleh : MOHD DANIAL ADULLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan