27 Mac 2013

PULAK DAH !! Komplot culik, bunuh Dr Mahathir didedah..Dakwaan Bekas Ahli PAS...Betul Ke Nie..???




Mengapa sekarang baru didedah...? sendiri buat, sendiri mengaku dan sendiri dakwa..?

Komplot culik, bunuh Dr Mahathir didedah

Pasir Puteh: Dua bekas ahli PAS mendedahkan komplot untuk menculik, mencederakan dan membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ketaksuban mereka terhadap Amanat Haji Hadi yang menghalalkan pemimpin UMNO dibunuh. 

Kumpulan pertama merancang perkara itu pada 1988 untuk menculik dan membunuh Dr Mahathir manakala kumpulan kedua pula pada 1994, yang mahu melempar bom petrol ketika beliau melakukan lawatan di Semarak, di sini.

Perkara itu didedahkan bekas EXCO Pemuda PAS Kedah, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani, 57, dan bekas Timbalan Ketua Keselamatan PAS Kelantan, Shaidi Hussin, 45, kepada pemberita selepas menghadiri majlis Himpunan Selamat Tinggal PAS di Gaal, di sini, malam kelmarin.


Sudah insaf, mohon maaf

Bagaimanapun, kedua-dua mereka yang kini sudah insaf dan memohon maaf kepada Dr Mahathir di atas tindakan dipengaruhi ketaksuban terhadap pemimpin PAS ketika itu.

Zainon yang juga penulis buku Kafirkah Aku mendakwa dia bersama lebih 30 orang yang semuanya ahli PAS, merancang untuk menculik dan seterusnya membunuh Dr Mahathir yang dianggap darahnya halal.

Oleh kerana ketika itu saya lihat sistem pilihan raya di Malaysia lambat untuk PAS mencapai kemenangan, saya merancang untuk merampas kuasa atau membunuh Perdana Menteri pada masa itu.
Kami juga telah menyiapkan Kabinet sementara dengan melantik Haji Hadi (Datuk Hadi Awang) sebagai Perdana Menteri. Bagi kami ketika itu membunuh Dr Mahathir adalah satu ibadat. Kami memahami sebegitu daripada Amanat Haji Hadi.

Rancangan dapat dihidu

Bagaimanapun, sebelum rancangan itu berjaya dilaksanakan pihak keselamatan dapat menghidu rancangan kami dan sebahagian ahli kumpulan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), katanya yang mengakui tidak memaklumkan mengenai rancangan itu kepada kepemimpinan atasan PAS ketika itu.

Ditahan mengikut ISA

Zainon yang pernah ditahan mengikut ISA selama enam tahun dari 2001 hingga 2006 berkata, PAS kini tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi (kerjasama) dengan DAP dan PKR.

Shaidi pula mendedahkan selepas berlaku peristiwa pembunuhan di Memali pada 1985, beliau diarahkan oleh ketuanya untuk merancang membunuh Dr Mahathir.

Katanya, mereka merancang untuk melempar bom petrol yang dicampur dengan racun ketika lawatan Dr Mahathir di Semarak.

Bagaimanapun, katanya, cubaan itu gagal kerana kawalan ketat oleh pihak keselamatan terhadap Dr Mahathir ketika itu.

Ketika itu saya yakin saya benar kerana kepemimpinan PAS ambil sejarah Rasulullah dan membandingkan dengan sejarah perjuangan PAS. Di situ saya yakin sehingga sanggup untuk menyertai komplot membunuh Dr Mahathir, katanya yang mendakwa mendapat latihan ketenteraan di selatan Thailand. -Berita Harian

12 ulasan:

  1. x pyh le nk kelentong..rakyat malaysia masyarakat yg bertamadun.. kalau kat negara lain mungkin trjadi. bg mangkuk 2 ekor tu..x pyh le nk reka2 cerita...puak lembu boleh la di kelentong...ok ABU Ini Kali Lah...

    BalasPadam
  2. betol la tue...bg korang pembangkang ,org yg undi bn ni halal darah dia klu bunuh....cuba ko tanya nik aziz sesat dgn hadi sesat korang,ko tgk ape jawapan dowang...trylah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo tok guru kate halal darah umno..da lame kita perang...ada otak pk la.jgn jd lembu.

      Padam
  3. Dah tak ada apa dah nak cakap jadi bila wartawan meloya tanya cakap sajalah bukan kita faham dalam masa berperang saraf nie lah nak buat duit pun,UMNO peduli apa maruah dan harga diri seseorang ,janji dia dapat kuasa,ha lepas PRU13 nie tenggelam puak-puak nie,rakyat dah muak dah dengan perangai puak UMNO dan media meloya mereka,tunggulah bila sampai masa pangkah dan PR berjaya tau nasib puak-puak nie lepas tu cai la pula kesalahan UMNO Mahadey terkutuk la,Najib bodoh la dengar cakap Rosmah ,pak Lah lena masa tidur la Mayudin gadai tanah lah dan berbagai lagi ,orang-orang spesis jenis inilah yang dok bagi rosak masyarakat ,sereban saja mengalah Taliban,rakyat ingat Taliban lebih mulia hati meraka dari maknusia jenis ini,sebab Taliban jika mereka hendak bunuh telus berlaku,ini tidak dah 40 tahun nak bunuh tak juga berlaku tetiba bila nak ada PRU timbul pula kisah minta maaf,apa cerita nie nampak sangat rakyat dah meluat pada kita,insaflah maknusia yang tiada pegangan hidup agar kamu dibimbing ke jalan yang diredhai Allah.Amin!,,,,,,,

    BalasPadam
  4. Ada temuduga jadi badut agaknya dalam alif min nun wau... sarkis.

    BalasPadam
  5. Kenapa sejak dua menjak ini ramai tuan guru lantikan sendiri, dan ustaz-ustaz mangkok ayun timbul memberi fatwa dan pengkisahan yang tak masuk 'akal???
    Mungkin mengharap akan datang rizki dari warna biru bn seperti yang di terima oleh lebai abdullah abu samah (tetiba jadi jutawan) kerana bodohnya stapa mohd nak kira adakah justifikasi 2 juta untuk 25-30 murid.....

    Tapi apa kira bukan duit bapak dia......

    BalasPadam
  6. betul ler tu....6 tahun duduk ISA otak kena cuci habis 24 jam sehari.Keluar jer terus jadi biol...ini agenda umporno.Buat pengakuan biol gini dapat bayaran dari umporno...janji masyukkk....

    BalasPadam
  7. Cuba check, aku malain dua ekor ni ambik pil kuda, atau pun stim daun ketum. Kasihan, cerita bodoh dan pandir ni langsung tidak menarik! Lain kalu buat cerita seks lah woiii, baru syok, ni cerita bunuh2, tak stim langsung!

    BalasPadam
  8. Berapa bayaran 2org ni dpt!! mesti jutaan RM.. org kmpg bole lah kelentong. Bg kami, no way...

    BalasPadam
  9. AFGHANI... AKU LIHAT KAU DAH CUKUR JANGGUT.

    AKU DPT RASA IBLIS DAN MASUK SALURAN NAFSU DLM TUBUH KAU. BIASALAH KAN MALAH WALI2 PUN ADA YG MATI SESAT.

    SO AKU AKAN BAKAR SMEUA BUKU2 KAU KERANA PENULISNYA SUKAR LARI DR PERJUANGAN.

    PERGI MASUK MAHKAMAH DEDAH SEMUA BUKTI KALAU KAU BENAR.

    SB2 YG MANJADI EKOR KPD PEMIMPIN2 PR PUN TK TAU INFO KAU TU. HEBAT SUNGGUH KAU MENGALAHKAN SB2.

    YG JELASNYA KAU MENJADI ALAT THOGHUT. JENIS KAU LAH YG DIISTILAH...TERSUNGKUR DIPINTU SYURGA.

    BalasPadam
  10. Yang ana tau tngtang ckgu nun skrg dapat perkakas dapur memasak sapa yg taja tu sndiri paham.harga katamya rm150 rb.em! Bnyk juge ya akan berniaga d ttdi subang. Kalau betul ckgu anta kmbalilh pd allah d rasul.knp anta jd barua umno dr mahapenipu yg ptt minta maaf pd isteri ke2 ckgu .mahapenipu yg arah musa kambing hitam bunuh suami isteri ckgu yg kr dua iaitu balu suhada. Takbir...hancur umno

    BalasPadam