26 Mac 2013

PANAS ! KEM UMNO SEMAKIN GAWAT MAHATHIR BERI AMARAN KEPADA NAJIB...!!!



Menang PRU 13 agenda utama, kata pemimpin Umno selepas amaran Dr M

KUALA LUMPUR, 25 Mac — Kemenangan Pilihan Raya 2013 mengatasi segalanya berbanding hal lain dalam parti, kata beberapa pemimpin Umno yang cuba menenangkan amaran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri itu mungkin hilang jawatan jika gabungan tersebut hilang lebih banyak kerusi dalam pilihan raya nanti.

Dr Mahathir mencadangkan Najib mungkin disingkirkan oleh pemimpin Umno berpengaruh jika gagal memperbaiki keputusan Pilihan Raya 2008. —

Pemimpin lama Umno yang dihubungi The Malaysian Insider kecewa dengan amaran bekas perdana menteri keempat dan paling lama berkhidmat tersebut kerana pilihan raya bakal diadakan dalam masa terdekat, tetapi tidak menolak kemungkinan ahli parti yang berpengaruh akan mengambil langkah menyingkirkan Najib jika Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan lebih teruk.

“Tidak seorang pun patut bercakap tentang hal ini, mahupun Tun (Dr Mahathir). Kenyataan sedemikian beri kesan buruk daripada baik. Saya tidak bersetuju dengan beliau. Kita harus fokus untuk menang sekarang,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Khir Toyo.

“Apa yang Tun bangkitkan pastinya penting, tapi kita boleh tunggu keputusan pilihan raya dahulu. Kita boleh cakap kemudiaannya,” kata bekas menteri besar Selangor itu mengulas lanjut laporan oleh agensi berita antarabangsa AFP yang mengatakan Dr Mahathir mencadangkan Najib mungkin disingkirkan oleh pemimpin Umno yang berpengaruh jika gagal memperbaiki keputusan Pilihan Raya 2008.

Dr Mahathir memberitahu agensi berita tersebut beliau bimbang tentang kemungkinan perubahan kerajaan, tidak menolak berlaku kekacauan dan persengketaan agama jika BN hilang Putrajaya.

“Sudah tentu, jika beliau tidak berjaya, akan terdapat beberapa keperluan untuk menukar kuda.

“Mungkin ada banyak kekecewaan dan mungkin ada yang ingin mencabar beliau. Itu adalah perkara biasa,” petik bekas perdana menteri yang memerintah selama 22 tahun itu.


MP Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed juga berkata Dr Mahathir tidak sepatutnya mendedahkan hal ehwal dalaman Umno dengan pilihan raya bakal diadakan hanya beberapa minggu lagi dari sekarang.

Tetapi anak seorang penyokong kuat Dr Mahathir tersebut,  Datuk Mohamed Rahmat, mencadangkan pemimpin berusia 87-tahun tersebut hanya ingin melindungi warisannya dengan berkempen untuk kemenangan BN.

“Tun tidak perlu bercakap tentang sesuatu yang negatif pada ketika ini ... Saya rasa dia mahu warisan beliau diteruskan dengan memastikan kemenangan BN.

“Kita boleh menang sebenarnya (tetapi) kita perlu kesinambungan untuk memastikan BN boleh terus dengan transformasi dan peremajaan menteri-menteri dan menteri besar,” kata Nur Jazlan kepada The Malaysian Insider.

Dr Mahathir dianggap sebagai antara individu dibelakang persaraan awal penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi daripada jawatan perdana menteri pada April 2009 - walaupun berjaya memenangi Pilihan Raya umum ke-12 tetapi kehilangan majoriti dua pertiga sekaligus membuat laluan kepada Najib untuk memegang tampuk kuasa.

Sebelum ini, Dr Mahathir juga telah berkali-kali memberi amaran kepada masyarakat majoriti Melayu di negara ini bahawa sebuah kerajaan yang lemah seperti Najib akan menyebabkan bukan Melayu mendominasi, merujuk kepada penolakkan dasar liberal oleh Najib dan menyifatkannya sebagai isyarat bahawa bukan Melayu semakin kuat mencabar hak orang Melayu.

Namun bekas perdana menteri tersebut berharap pengundi memberi Najib peluang sambil menambah peningkatan majoriti BN di Parlimen akan membantu kerajaan pusat pimpinan Umno akan mengukuhkan kedudukan orang Melayu di negara ini.

Tetapi bagi sesetengah ahli Umno, kenyataan Dr Mahathir boleh memberikan kesan buruk kepada usaha Najib untuk mengekalkan kekuatan asas parti utama kaum Melayu tersebut dan memikat pengundi muda yang kritikal kerana mereka dilihat penentu dalam Pilihan Raya 2013, menurut beberapa laporan kaji selidik kebelakangan ini.

“Saya tidak kata dia salah. Saya menghormati beliau. Beliau adalah bekas bos saya. Tetapi saya percaya kita perlu memberi tumpuan untuk menang sekarang. Saya memilih untuk berpegang dengan perkara positif buat masa sekarang. Beri Najib sokongan,” kata MP Padang Besar Datuk Seri Azmi Khalid, yang merupakan ahli Umno, bekas majlis Tertinggi dan bekas menteri.

Beberapa penganalisis politik meramalkan BN akan kekal sebagai kerajaan pusat selepas berakhir Pilihan Raya 2013 yang mesti diadakan selewat-lewatnya akhir April apabila tamat tempoh mandat kerajaan BN, tetapi meramal ianya satu kemenangan tipis dan menolak kemenangan besar dua pertiga seperti sebelum Pilihan Raya 2008.

Penganalisis politik lain, bagaimanapun percaya pembangkang Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan boleh menang dalam pilihan raya sekaligus menyingkir kerajaan pusat yang memerintah sejak kemerdekaan pada tahun 1957.

2 ulasan:

  1. SY MERAMALKAN BN AKAN TUMBANG BERDASARKAN SOKONGAN KAUM CINA YG AMAT KETARA KEPADA PAKATAN RAKYAT. BANYAK KERUSI PARLIMEN AKAN BERALIH KPD PR TERUTAMANYA DI PERAK, JOHOR, SABAH DAN SARAWAK. DITAMBAH DGN SOKONGAN GOLONGAN MUDA YG LEBIH MEMIHAK KPD PR, BN DIRAMALKAN AMAT SUKAR UTK MEMPERTAHANKAN PUTRAJAYA.

    BalasPadam
  2. PAS dan DAP dah biasa kalah dlm PR. Tak pernah terjadi huru hara dan pergaduhan. Tapi kali ini kalau PAKATAN menang PR dan berlaku kekacauan bermakna ia dicetuskan oleh BN.

    BalasPadam