25 Mac 2013

GEMPAR !!! Menteri Pertahanan Sulu, Datu Amir Bahar Sempat Main Facebook Sebelum Ditangkap..!!!


Datu Amirbahar Hushin Kiram

Menteri Pertahanan Sulu, Datu Amir Bahar Sempat Main Facebook Sebelum Ditangkap..!!!

MENGEJUTKAN…dalam dok godek2 facebook cari cerita mengenai Jamalul Kiram, Admin terjumpa satu profail dengan nama Datu Amirbahar Hushin Kiram.

Orang yang sama ditangkap dalam hutan paya di Semporna pagi Sabtu 23 Mac lalu.

Yang lawak adalah orang yang disifatkan sebagai ‘Menteri Pertahanan Sulu’ ini masih lagi main facebook sehingga 15 Mac lalu.

Dengan tertangkapnya Amirbahar ia merupakan satu kejayaan besar bagi pasukan kita dalam Ops Daulat.

Dipercayai selama ini dia bersembunyi di Semporna dan tidak berada di Kampong Tandou dimana berlaku pertempuran berdarah 1 Mac.

Manakala kejadian serang hendap yang akibatkan enam anggota polis terbunuh di Kampong Sri Jaya Siminul,Semporna pada 2 Mac dikatakan ada kaitan dengannya.

Dari facebooknya dipercayai Amirbahar mengikuti perkembangan isu pencerobohan mereka dan Ops Daulat menerusi internet.

Pada posting terakhir 15 Mac dia mengkongsikan sebuah pautan dalam satu portal berita yang menyiarkan kenyataan Setiausaha Agung PBB Ban Kim Moon minta semua pihak yang terlibat dengan kejadian di Lahad Datu berdialog.


Amir Bahar ditangkap bersama isterinya di satu kawasan paya, pada jam 1.30 pagi Sabtu, polis turut merampas dua beg komputer riba mengandungi tiga telefon bimbit, kad Western Union, kad SIM, jalur lebar, kad memori, fail yang mengandungi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Kesultanan Sulu, wang RM3,000, satu Brunei dolar, satu Riyal Saudi dan satu Cina yuan.

Jika tinjau gambar pada facebook Amirbaha ini adalah beberapa keping yang dimuat naik pada 5 Febuari lalu, tunjuk seolah-oleh ada breafing yang dibuat oleh Datu Amirbahar Hushin Kiram ini pada sekumpulan lelaki.





GAMBAR DATU AMIRBAHAR  DARI LAMAN FB  ESMAIL D. KIRAM II  SINI 

Untuk rekod, puak yang dakwa ‘tentera kesultanan Sulu’ ini mula ceroboh Kampung Tandou Lahad Datu pada 9 Febuari dan dilaporkan kepada pihak berkuasa 12 Febuari.

Selain gambar baik punya dok breafing itu, ada juga gambar macam bekalan logistik baru sampai, selain gambar Datu Amirbahar Hushin Kiram bersama-sama dengan Jamalul Kiram dan Azimuddin Kiram.

Mereka tengah mengaminkan doa yang dibawa oleh orang lain.


Ada juga gambar ayah pada Amirbahar, Ismail Kiram, seorang ahli perniagaan bersama beberapa tokoh politik Filipina termasuk bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal-Arroyo.


WALL FB.... DATU AMIRBAHAR   SINI


Sumber 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan