27 Mac 2013

BERITA TERGEMPAR ! PEMBUBARAN PARLIMEN DITANGGUH....KERANA DANA PRU BELUM ASOK..BRO..?



TANGGUH BUBAR TUNGGU SELESAI BON 1MDB RM 20 B?

Saya merujuk kepada laporan berita The Star bertarikh 22 Mac 2013 - lima hari yang lalu - mengenai bon 1MDB bernilai RM 9.36 bilion. Hutang sedia ada 1MDB sebelum ini berjumlah RM 10.8 bilion. Kini, 1MDB mempunyai hutang sebanyak RM 20.16 bilion dengan tambahan terakhir ini!

Berdasarkan laporan itu, pengeluaran bon terbaru dilakukan secara senyap. Tidak ada sebarang pengumuman awam dibuat.

Oleh kerana tidak ada penjelasan mengenai tujuan bon itu dikeluarkan, tekaan yang boleh dibuat ialah 1MDB akan menggunakan pinjaman itu antara lain untuk membayar syarikat pengeluar janakuasa elektrik swasta atau IPP yang baru ia itu Jimah Power.

Petunjuk ini berdasarkan laporan berita Bloombergs News bertajuk '1MDB Said to Plan Malaysia Power Asset Buy for $548 Million' - bertarikh 20 Mac 2013 - dua hari sebelum berita bon RM 9.36 bilion. Bermakna 1MDB berterusan membeli janakuasa IPP satu demi satu dengan Jimah Power yang terkini dengan harga RM 1.7 bilion.

Sebelum ini 1MDB telah pun membeli janakuasa kepunyaan Tan Sri Ananda dengan harga RM 8.5 bilion dan Genting Bhd dengan harga RM 2.3 bilion.

Pembelian ini jelas bermotif politik kerana Pakatan Rakyat telah mengumumkan polisi untuk menyusun semula semua terma kontrak TNB dan IPP bagi mengurangkan kos subsidi gas.



Tren ini menunjukkan tuan punya IPP berkenaan mengambil jalan selamat dengan menjual kepentingan mereka lebih awal kepada Kerajaan dan jika sekiranya BN tewas, mereka telah pun mendapat keuntungan yang sangat lumayan.

Jika itu pertimbangan tuan punya IPP, apa pula pertimbangan Kerajaan membeli syarikat yang mungkin tidak lagi berdaya maju di kemudian hari
?

Kenapa satu demi satu IPP ini diselamatkan?

Adakah penyaluran dana pilihanraya melalui keuntungan penjualan itu adalah satu dari pertimbangan?


Akhirnya rakyat Malaysia terpaksa menanggung beban hutang yang semakin besar dan kroni BN telah pun mengaut keuntungan mereka.

Bagi seorang pemimpin yang bermoral dan Kerajaan yang jujur, semua urusan sebegini boleh ditangguhkan sehingga mandat baru diperolehi - kecuali secara diam-diam semua pihak iaitu pemimpin Kerajaan dan syarikat kroni telah pun mempersiapkan diri mereka menerima kemungkinan BN tewas dalam pilihanraya ini. Ini adalah tidak adil untuk majoriti rakyat Malaysia.

Ketika mereka menunggu-nunggu tarikh Parlimen dibubarkan, Kerajaan DS Najib pula sibuk menyusun 'agenda kewangan' dan menggalas apa yang ada pada saat-saat akhir dengan cara melengah-lengahkan pembubaran.

Amat malang bagi rakyat Malaysia. Mereka menunggu-nunggu, harta negara pula sedang digalas.


Husam Musa
Naib Presiden Pas
27 Mac 2013.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan