31 Mac 2013

BERITA GEMPAR ! AYAHANDA DATUK SERI MUHAMMAD RIDHWAN YANG DICARI POLIS TELAH MUNCUL DI FACEBOOK....!!! SAKSIKAN PENJELASAN BELIAU



PENJELASAN BELIAU DIBAWAH :
44 minit yang lalu

Assalamualaikum, Ayahanda Dato Seri' Muhammad Ridhwan Bin Sulaiman Merangkap Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia akan membantu pihak Polis berkaitan siasatan Operasi Isu Pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Untuk pengetahuan, Ayahanda Tidak berkaitan Dengan Pengganas mahupun Jamalul Kiram III. Beliau Hanya Mengenali SULTAN MUEDZUL-LAIL TAN KIRAM merangkap Raja Muda (Crown Prince) yang disahkan oleh Kerajaan Filipina. Tujuan beliau menolong adalah hanya untuk membantu Umat Islam yang tidak berkemampuan Di Sulu.


Diminta pihak-pihak tertentu supaya Tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan Isu ini. Ikuti Perkembangan Melalui Media Massa dari semasa ke masa. 


Amar Maaruf Nahi Mungkar,


Sekian, Harap Maklum.
AKUAN FB BELIAU SINI

UPDATED 10.50 MLM

MAKLUMAT TERKINI diterima oleh Admin..!

Presiden Pertubuhan Al-Ehsan Islamiah Malaysia akan ke Balai Polis Dang Wangi pada pukul 10.00 pagi esok bersama peguam peribadinya Sham & Co.

Harap Maklum..!!!



Ops Daulat: Polis buru 'Datuk Seri Muhammad Ridzwan' bantu siasatan

LAHAD DATU 31 Mac - Seorang individu lelaki dikenali sebagai Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dicari pihak polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung Ops Daulat yang masih dilaksanakan ketika ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, lelaki itu dikatakan merupakan Yang Dipertua serta Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan Islamiah) dan masih menjawat jawatan itu sehinga ini.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu ini diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis. Polis juga meminta individu ini tampil menyerah diri bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hamza berkata, lelaki itu masih berada di dalam negara dan alamat terakhir adalah di Pengkalan Weld, George Town.

Foto: Dato' Hamza Taib menunjukkan gambar lelaki dikenali sebagai 'Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman' yang dicari bagi membantu siasatan berhubung Operasi Daulat pada sidang akhbar di Felda Residence Sahabat, Lahad Datu, Sabah hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan