07 Februari 2013

PANAS ! PERUNTUKAN BR1M..UMNO GUNA UNTUK BILIK GERAKAN...MACIBAI INGAT DUIT BAPAK HANGPA PUNYA....!!!




Ketua Audit Negara digesa semak perbelanjaan BR1M


Sebahagian dari peruntukan BR1M diguna untuk membina bilik gerakan Umno dan menggerakkan kempen Perdana Menteri ke seluruh negara.

Ketua Audit Negara digesa menyemak perbelanjaan kerajaan untuk program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan melaporkan secara telus ekoran data pemberian sejak pusingan pertama yang bermula Januari 2012 berubah-rubah.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, agihan BR1M yang dikelola langsung oleh Jabatan Perdana Menteri platform kepada Umno BN, kerana agihan dibuat pada acara-acara politik kerajaan itu terdedah kepada penyelewengan.

“Pemberian disampaikan oleh Ketua-ketua Umno dan MCA Bahagian. Jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama ‘rakyat’ atau hujah ‘kesempitan hidup’ untuk menghalalkan pengeluaran wang dari perbendaharaan negara,” tegurnya.
Beliau berkata, sejak pemberian BR1M 1.0 menyebabkan peruntukan subsidi petrol, Gas Petroleum Cecair (LPG), dan minyak masak berkurangan.


“Semasa BR1M 1.0, kerajaan mensasarkan RM2.32 bilion dari peruntukan Parlimen sebanyak RM7 bilion untuk subsidi minyak dan gas.

“Bagaimanapun, perbelanjaan BR1M 1.0 terus meningkat dari jangkaan awal sebanyak RM1.82 bilion kepada RM2.32 bilion, iaitu pertambahan sebanyak setengah bilion dan jumlah akhir sebanyak RM3.02 bilion, meningkat lagi RM200 juta,” jelasnya kepada Keadilan Daily.

Jumlah itu menurut Azan menyebabkan pengaliran wang yang sepatutnya digunakan untuk subsidi berkurangan.

“Kerajaan berjanji bentang jumlah sebenar, berapa orang yang dapat, tapi sampai sekarang mereka berbohong, tiada satupun pun jumlah tepat diberikan,” bidasnya.

Menurut Azan, sebahagian dari peruntukan BR1M diguna untuk membina bilik gerakan Umno dan menggerakkan kempen Perdana Menteri ke seluruh negara.


“Wang yang diberi kepada rakyat kecil berbanding saluran promosi Perdana Menteri. Begitu juga perbelanjaan pengurusan lebih tinggi dari apa yang rakyat dapat,” katanya.


Tambah beliau, RM8 bilion untuk BR1M 1.0 dan 2.0 merupakan perbelanjaan sangat besar tanpa semakan audit dan penjelasan terperinci oleh kerajaan.

“Justeru kita gesa Ketua Audit Negara beri perhatian khusus kepada perbelanjaan sewenang-wenangnya ini. Sedangkan hanya separuh dari perbelanjaan itu disalur kepada rakyat, selebihnya untuk Umno,” katanya.

“Kita tak halang rakyat terima wang, tapi kita perlu sayang negara ini. Jangan dirabakkan wang rakyat dan sumber negara begitu saja, mereka (Umno) sebenarnya mahu negara ini muflis,” sambung beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan