Suasana tegang berlaku di Felda Sg Tengi malam ini. Samseng Umno kacau ceramah. Saya baru beri salam, tiba2 hampir 200 orang yg dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh.
Mereka baling botol air, kerusi dan menjerit2 mahu saya keluar dari tapak ceramah. Alhamdulillah, petugas keselamatan dan Unit Amal dapat mengawal suasana dgn baik.
Oleh kerana, samseng2 tidak mau beredar dan bimbang keselamatan hadirin; ceramah di batalkan.
Provokasi samseng2 ini dirakam. Gelagat mereka disaksikan kira2 300 orang penduduk Sg Tengi.
Tindakan samseng Umno menghuru harakan majlis ceramah malam ini ditonton oleh penduduk Felda Sg Tengi. Gelagat mereka yg membaling botol air, kerusi, kun dan objek lain diperhatikan hadirin. Menolak, menumbuk dan menendang petugas Unit Amal sengaja dibuat bagi memancing kita untuk 'bertempur'.
Alhamdulillah, pemimpin, ahli PAS dan hadirin bersabar. Kami berselawat dan berzikir beramai2. Saya ingat pesanan ACP Ramli Yusoof dan DSP Anuwal, pegawai kanan Bkt Aman, agar merakam kejadian dan tag individu mereka sebagai bahan bukti. Serahkan kepada Polis.
Memorandum yg diserah kpd polis semalam di Bkt Aman adalah lahir dari kesedaran bahawa polis wajar mempertingkatkan usaha menjaga keamanan negara. Umno tidak ada hak untuk menghalang sesiapa sahaja bebas bergerak, bersuara dan berhimpun.
Apatah lagi berlagak gangster dengan membelakangkan undang2. Sedihnya perbuatan mereka hanya diperhatikan sahaja oleh pihak polis. Walhal, seharusnya polis bertindak pantas mengusir para samseng yg membuat kacau bilau dalam majlis kami.
Sebagai warganegara Malaysia, apa hak mereka tidak benarkan saya berucap. Menjerit2 memaki hamun dan desak saya meninggalkan majlis. Umno, Seranta Felda membuat majlis di setiap felda menyerang peribadi saya. Buatlah, saya tak kacau pun. Mereka naikkan banner dan menulis perkataan yg mengaibkan saya. Kalau itu boleh memuaskan hati Ahmad Maslan, Isa Samad dan Faizoull Ahmad, teruskanlah...
Apapun saya serah kepada kebijaksanaan pihak polis. Laporan polis telah dibuat malam tadi oleh YDP PAS Kawasan Ulu Sgor, Ketua Kampung Sg Tengi dll. Saya terharu, hampir seratus orang penyokong Pakatan Rakyat berada di IPD Ulu Sgor, hingga hampir jam 3 pagi tadi menunggu siapnya laporan polis.
Saya yakin provokasi samseng2 berbayar ini akan memakan diri mereka sendiri. Penduduk Sg Tengi, Gedangsa dan sueharto semakin meluat dengan Umno. Akhlak buruk mereka tidak akan mendapat sokongan pengundi.
Insyaallah, sokongan berganda kepada PAS dan PR. Terimakasih kpd YB Dr Rani Osman, YB Elizabeth Wong, Ketua Dewan Pemuda PAS, Hasbollah dan ramai rakan2 yg hubungi saya agar kita bersabar.
Fb- Mazlan Aliman
Kesian PDRM berterusan jadi "Barua" UMNO..
BalasPadamada rakaman yg dimuat naik dlm youtube tak,admin..!
BalasPadam