Long Lama masih ketiadaan jambatan yang menghubungkannya dengan Baram selain itu jalanraya yang menghubungkan Bandar tersebut dengan Miri melalui Lapok adalah jalanraya yang paling teruk dalam negeri Sarawak.
Dilaporkan bahawa setiap yang hadir untuk mendengar ucapan Taib dalam lawatannya itu telah dibayar RM50 seorang oleh Kerajaan Negeri.
Kira-kira 70 orang individu menyertai bantahan tersebut di hadapan pejabat MP Baram Jacob Dungau Sagan, yang menganjurkan majlis dihadiri Taib itu.
Peserta bantahan tersebut membawa plakad dengan tulisan "Hentikan empangan Baram", "Kembalikan tanah adat kami" dan "Dengar rintihan hami" serta “Kami Perlu IC”.
Perlu kita ketahui ada ribuan Pribumi di Baram masih tidak diberikan Kad Pengenalan kerana Taib khuatir mereka mungkin akan mengundi menentangnya dalam Pilihanraya.
Ada sumber yang mendakwa peserta perhimpunan yang mewakili masyarakat Penan itu menaiki bot selama lapan jam untuk sampai ke lokasi berkenaan.
Ini menunjukkan betapa jauhnya mereka dari kawasan itu, namun atas kesedaran dan demi menuntut hak mereka, mereka sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit untuk menyuarakannya kerana menyedari penyelewengan yang berleluasa di bawah Kerajaan Barisan Nasional..
Malangnya di Semenanjung ini masih ada yang tidak sedar akan penyelewengan yang berleluasa di bawah Kerajaan Barisan Nasional yang ada..
Buta maklumat atau buta perutkah mereka? hingga menyebabkan mereka meneruskan sokongan meskipun berbagai pendedahan akan penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh pemeimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional itu, khususnya dari UMNO.
Peter Kallang yang mengetuai kumpulan alam sekitar Jaringan Selamatkan Sungai memberitahu Malaysiakini bahawa peserta perhimpunan mewakili masyarakat Penan itu menaiki bot selama lapan jam untuk sampai ke lokasi berkenaan.
"Ada antara mereka terpaksa membayar hingga RM300 setiap orang untuk mengambil bahagian disebabkan kos bahan api. Berbeza dengan Taib dan gerombolannya yang tiba dengan tiga helikopter " katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan