13 Februari 2013

Panas ! Alahaii..Mukhriz..Kalau Nak Spin Padan Patut sudahlah.....



Jangan tuduh Pengarah Hutan ni sokong PR pulak...

Oleh : Pak Non Mahang

Hari ni Pak Non tak pi motong,pasai kena bawak anak Pak Leh Congo sebelah rumah pi hospital kena sengat lipan bara.Dok tunggu nombor giliran lama sangat Pak Non dan baca Sinar Harian cerita Dato' Mukhriz dok pertikai Kerajaan Negeri pasai bukak dusun di Pedu nu.. 


Mula tu rasa macam nak sokong apa dia cakap tu tapi mai tang "Masa BN dulu,kita tebang balak ikut saiz dibenarkan dan tidak tebang pokok kecil,sebab tu hasilnya kurang.Berbanding masa sekarang,hasil balak meningkat sebab mereka tebang blak 'sapu licin'tanpa mengira saiz"..rasanya tak sesuai ayat tu keluaq dari mulut seorang Timbalan Menteri anak bekas Perdana Menteri pulak tu.

Rasanya ayat ni selalu diguna oleh blogger UMNO yang dapat upah tapi mengaji taraf SPM(Mukhriz mengaji sampai luaq negeri nu).Pak Non percaya prosedur untuk ambik balak tu sama saja tak kira zaman..Takkan pegawai Jabatan Hutan nak buat lagu tu sebab kalau tak silap Pak Non,undang-undang pasai hasil hutan ni bukan peringkat negeri tapi peringkat pusat yang buat.

Tengok bawah pada berita ni,Pengarah Jabatan Hutan Kedah pulak jawab.Kira tang ni Pak Non puji Sinar Harian la pasai adil dan beri peluang orang nak jawap..bukan macam suratkhabaq yang lain tu,kira depa saja yang betui orang lain semua salah.Cuma lepaih ni Pak Non harap janganlah dok tuduh Pengarah Jabatan Hutan ni sokong PR pulak pasai bagi jawapan yang tak selari dengan BN.Pak Non yakin depa ni kerja ikut undang-undang dan profesional kalau dak tak dan subuh lagi SPRM dok tercongoih depan tangga dah..




Nie anak Tun M bakal MB Kedah....


Bapa borek anak rintik, bapa kaki kelentong anak kaki auta!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan