22 Februari 2013

Najib dikutuk: Pengusiran Xenophon beri amaran PENIPUAN Besar-besaran PADA PRU KE-13


Najib dikutuk: Pengusiran Xenophon beri amaran PENIPUAN Besar-besaran PADA PRU KE-13

Pemimpin pembangkang mengecam kerajaan Perdana Menteri Najib Razak kerana mengusir Senator Australia Nick Xenophon yang didakwa menjadi risiko kepada keselamatan, menyatakan langkah itu sebagai "tidak masuk akal" dan mencerminkan paranoia menjelang pilihan raya umum yang mungkin akan diumumkan seawal minggu depan oleh pemimpin Malaysia itu.

"Bagaimana Xenophon boleh menjadi risiko kepada keselamatan Malaysia? Kementerian Dalam Negeri kita mesti terbuka tentang perkara ini dan negeri menjelaskan apa alasannya. Dengan melakukan tindakan tidak rasional itu, Najib seperti memerangkap dirinya dan menjauhkan Malaysia dari masyarakat antarabangsa,"Tan Kee Kwong, seorang pemimpin kanan dalam parti PKR yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Malaysia Chronicle.

"Najib dan BN perlu ingat, menang atau kalah pilihan raya umum, Malaysia akan tetap menjadi sebuah negara. Dia mesti berhenti menjadikan negara ini bahan ketawa masyarakat antarabangsa. Hanya beberapa hari lalu, hal Dr Pornthip dan kerajaan Thai, tidak lupa juga ancaman bunuh terhadap Psy. Hari ini pula Nick Xenophon. Siapa pula esok? Najib mungkin perlu meletakkan dalam iklan di media antarabangsa bahawa mana-mana pihak yang tidak mahu memuji BN hingga ke langit tidak dialu-alukan di Malaysia. "

Amaran, amaran: Penipuan besar-besaran dalam PRU ke-13?

Kata-kata Kee Kwong yang begitu tajam juga telah disuarakan oleh pemimpin-pemimpin masyarakat sivil Malaysia, yang menyuarakan kebimbangan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ini. Xenophon telah mengkagumkan rakyat Malaysia tetapi menyakitkan hati kerajaan Malaysia semasa lawatannya pada tahun 2012, di mana beliau merupakan salah seorang ahli panel antarabangsa yang dijemput untuk memerhatikan perhimpunan BERSIH 3.0 untuk pilihanraya yang bebas dan adil.

Beliau berada di sini untuk bertemu dengan Anwar pada hari Isnin serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz dan pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari Selasa.

"Ini amat memalukan, Najib telah menjadi pelawak. Dia bercakap tentang demokrasi dan kesederhanaan tetapi sebaliknya dia mengusir mereka yang mempunyai pandangan yang bertentangan dengan undang-undang. Atas dakwaan apa dia menahan Xenophon, SOSMA, ISA baru?,"


Zuraida Kamaruddin, ketua Wanita PKR dan Ahli Parlimen Ampang, memberitahu Malaysia Chronicle.

"Penahanan Xenophon ini juga menunjukkan terdapat kebimbangan yang nyata akan penipuan pada pilihan raya secara besar-besaran pada PRU ke 13 nanti. Najib pasti benar-benar bimbang akan Anwar, Pakatan Rakyat untuk mengambil langkah sedemikian. Kita perlu merangsangkan rakyat supaya menuntut pilihanraya yang bersih. Jelas sekali, sesuatu yang tidak betul sedang berlaku."

Musuh negara


Xenophon telah mengkritik pihak berkuasa Malaysia atas tindakan keras dan kejam pada ratusan ribu orang awam yang menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April, 2012.


Kerana berdendam, akhbar New Straits Times yang dikawal oleh parti Umno Najib, telah menuduh dirinya menggambarkan Islam sebagai "organisasi jenayah" dalam ucapannya pada 2009 yang dibuat di Parlimen Australia. Di tengah-tengah bantahan awam di kedua-dua Malaysia dan Australia, NST memohon maaf kerana menerbalikkan fakta dalam pertuturan Xenophon dan Senator itu masih menimbang sama ada akan mendakwa atau tidak.

Sementara itu, tidak ada kenyataan rasmi dari Kementerian Dalam Negeri, yang dikendalikan oleh sepupu Najib, Hishammuddin Tun Hussein.

Selain dari Xenophon, senator-senator lain dan ahli-ahli Parlimen Australia yang dijangka tiba pada hari Ahad untuk memerhatikan sistem pilihan raya di Malaysia kini telah membatalkan penerbangan mereka.

"Menurut Imigresen, dia memberi risiko keselamatan dan mereka hanya bertindak atas arahan dari atas," ketua kakitangan Anwar, Ibrahim Yaacob telah memberitahu akhbar.

Rasa tidak selamat? Satu lagi drama antarabangsa

Dalam tempoh 2 minggu, Najib telah mendapat masalah atas beberapa insiden di arena antarabangsa. Hanya sehari yang lalu, dia telah dipaksa untuk mengeluarkan penafian kerana telah campur tangan untuk menghentikan pakar patologi terkenal dari Thailand, Dr Pornthip daripada datang ke Kuala Lumpur untuk melakukan bedah siasat kedua ke atas pengawal keselamatan C Sugumar, yang telah meninggal dunia dalam keadaan yang mencurigakan semasa dalam tahanan polis.

Najib dan BN juga telah menarik publisiti negatif besar-besaran pada persembahan Tahun Baru Cina di mana bintang terkenal Korea Psy


telah dijemput untuk melaksanakan tarian Oppa Gangnam- style yang menjadi hit di serata dunia. Walau bagaimanapun, dengan yuran berupa AS $ 2 juta, bintang Korea itu tetap enggan naik ke atas pentas

dan menyokong pasukan BN itu, dan hanya melakukan persembahan selepas mereka kembali ke khemah VIP. Untuk menutup malu, Umno-BN menyebarkan cerita bahawa Najib terpaksa ‘balik awal' kerana ada ancaman bunuh terhadap penyanyi itu.

"Ini adalah tanda-tanda bahawa Najib semakin merasa tidak selamat Dia menjadi lebih tegas dan autoritarian

semakin negara menghampiri pilihan raya Tetapi untuk mengusir senator dari negara sahabat kita seperti Australia adalah seperti memberitahu seluruh dunia bahawa BN ada sesuatu yang hendak disembunyikan. Pada masa lalu, pemerhati - sama ada pro-BN atau pro-pembangkang - boleh datang dan memberi pandangan mereka selepas lawatan mencari fakta. Jadi apa telah berlaku sekarang ini? "Sivarasa Rasiah, PKR MP Subang, bercakap kepada Malaysia Chronicle.

Memberitahu dunia bahawa Malaysia menyembunyikan sesuatu

Xenophon masih dalam tahanan di terminal 2, syarikat penerbangan bajet Malaysia di mana Miles Kupa, Pesuruhjaya Tinggi Australia, dan pegawai-pegawai lain turut bersama dengannya. Beliau telah mengesahkan bahawa beliau akan dihantar pulang.

"Saya sememangnya banduan di sini," Xenophon, yang berjaya untuk membuat panggilan telefon ke rumah, telah dipetik memberitahu akhbar Australia The Sunday Mail.

"Saya sedang ditahan di kawasan sel-sel induk yang dipenuhi wanita. Mereka pada dasarnya telah memberitahu saya bahawa saya merupakan musuh negara ini. Mereka cuba untuk menghantar saya pulang melalui penerbangan yang seterusnya dari sini untuk pulang ke negara saya. Saya juga ada bertemu dengan pegawai-pegawai kerajaan. Keadaan keseluruhannya adalah tidak masuk akal, kita mahu menjadi rakan terdekat Malaysia. Kami datang bertujuan membuat perjanjian pertukaran pemohon suaka tetapi setakat ini nampaknya hanya sayalah satu-satunya orang yang akan ditukarkan. "

Sumber Berita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan