17 Februari 2013

KANTOI ! PUNCA KEGAGALAN KONSERT PSY..TERBONGKAR..???


Konsert Psy Di Pulau Pinang Diganggu Rosmah?

Semasa di Makkah saya tidak banyak membaca laporan politik tanah air tetapi tidak bermakna saya melupai terus negara. Sambil menjalani ibadat, hati dan perasaan tetap juga terkenang kepada negara. Salah satu kejadian yang dilaporkan dan mendapat perhatian saya ialah mengenai konsert kumpulan Gangnam dari Korea Psy.

Katanya konsert Psy Gangnam Style berkenaan kecoh dan tidak berjalan seperti mana dirancangkan. UBN tidak mendapat manfaat besar dari pengundangan Psy untuk menghibur masyarakat Cina sempena dengan tahun baru Cina. Konsert yang diadakan di Pulau Pinang itu menjadi kontroversi apabila dikatakan berlaku salah faham sehinga Psy enggan tampil ke pentas walaupun di undang oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Najib katanya memanggil Psy untuk tampil dipentas bersamanya bagi mengaul mee (yee sang) bersama-samanya bersama pemimpin BN lain. Psy tidak menyahut seruan Najib dan keadaan itu memalukan perdana menteri berkenaan.


Najib juga dapat malu besar apabila beliau membuat provokasi dengan bertanya hadirin apakah sudah sedia dengan Psy, orang ramai menjawab yes dan apabila ditanya apakah sedia dengan BN, hadirin menjawab NO.

Sesampai di lapangan terbang KLIA tadi baru saya dapat tahu apa yang berlaku sebenarnya. Seorang pemimpin Umno yang berkebetulan satu penerbangan dengan saya yang mendapat maklumat dalaman memberi tahu apa yang berlaku dari versi Umno.

Katanya kontroversi konsert berkenaan sehingga perdana menteri mendapat malu ialah disebabkan sikap 'geleteh' Rosmah Mansor. Menurut makluman dalam Umno memberi tahunya, Rosmah ikut sama tampil di pentas dengan menyanyikan sebuah lagi Cina. "Penampilan Rosmah itu menyebabkan konsert berkenaan sedikit terganggu dan dianggap sebagai rosak," jelasnya.

Pihak penganjur khasnya pengurus pentas Psy tidak senang dengan telatah Rosmah itu dan gara-gara itulah apabila Najib memanggil Psy untuk naik ke pentas untuk menggaul mee dan bernyanyi dengan Najib dan pemimpin BN lain ditolaknya.

"Rosmah tidak patut masuk campur, dan inilah masalah sebenar Najib," katanya tokoh Umno itu dengan nada kesal. Sebenarnya apa yang menjadi perbualan rakyat bukan soal Najib tetapi telah dan sifat-sifat gelenyer Rosmah.

Walhasil balik asal, UBN yang mengharapkan mendapat lonjakan sokongan Cina dari konsert Gangnam berkenaan terjadi sebaliknya. ~mso

Tiada ulasan:

Catat Ulasan