16 Februari 2013

HOT ! BERITA TRENDING DI DUNIA...MALAYSIA TAHAN SENATOR AUSTARLIA..!!!


SHAH ALAM, 16 Feb ― Senator Australia Nick Xenophon yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi telah dihalang untuk masuk ke negara ini oleh pegawai Imigresen.

Senator Australia Nick Xenophon dihalang masuk ke Malaysia

Menurut Ibrahim Yaakob Ketua Staf Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Xenophon (gambar) sekarang ini berada di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) untuk proses penghantaran pulang ke Australia.

“Beliau adalah salah seorang delegasi dari Australia yang datang ke Malaysia untuk membuat kajian mengenai proses pilihan raya.

“Mereka datang dengan inisiatif dan perbelanjaan sendiri,” kata Ibrahim ketika dihubungi olehThe Malaysian Insider sebentar tadi.

Xenophon merupakan salah seorang daripada delegasi antarabangsa yang terlibat dalam memerhatikan perhimpunan menuntut reformasi pilihan raya anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 28 April tahun lalu.

Portal berita The Australian melaporkan Xenophon sebagai berkata beliau sedang berada dalam tahanan di Malaysia.

“Saya adalah banduan di sini,”
kata Xenophon dipetik dari portal berita The Australian.

“Saya sedang ditahan di kawasan dengan semua sel-sel induk yang penuh wanita. Mereka pada dasarnya memberitahu saya adalah musuh kepada negara. Mereka cuba untuk mendapatkan saya pesawat seterusnya keluar dari sini dan pulang ke rumah.”

Ibrahim turut memberitahu, Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen membantu Xenophon dan delegasinya membuat temujanji untuk bertemu dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa depan.

Tahun lalu Xenophon memberitahu The Malaysian Insider beliau akan mengemukakan saman terhadap New Straits Times (NST), menuduh akhbar milik Umno itu sengaja menjejaskan keselamatannya apabila mengeluarkan satu artikel yang menggambarkan dirinya sebagai anti Islam.

Menurut laporan Sydney Morning Herald (SMH) tahun lalu, Xenophon mendakwa NST telah menuduhnya menggunakan perkataan “Islam” bagi menggantikan perkataan sebenar “Scientology”, yang telah dikritiknya pada ucapan 2009 adalah,”contoh taktik kotor kerajaan yang juga digunakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar.”


BERITA YANG KITA MIMPI MIMPIKAN -Tukartiub


AKAN DI HALAU KELUAR
JAM 11: MALAM NANTI

KOMENTAR TUKAR TIUB
senator australia ini
datang dengan jemputan resmi
nak jumpa menteri
nak bincang hal negara
tetiba kena halau

siapa sabotaj najib?

berita penangkapan senator ini
sedang merebak di seluruh dunia
jam 11:00 malam ini si senator
akan di halau keluar

siapa sabotaj najib?

media dunia
semua sedang berpusu-pusu datang
semua nak buat laporan

siapa sabotaj najib?

muhyiddin?
zahid hamidi?
ali rustam?

apakah ini kerja kumpulan muhza?

berita ini lebih hebat dari psy
berita ini lebih hebat dari 100 gerila di lahad datu

NOTA:
senator ini nak bincang hal pilihan raya
tapi ada 'orang dalam' yang tak beri
kah kah kah
mesti ada rosmah dalam kelambu
kah kah kah

Senator Australia ditahan di LCCT, tunggu dihalau keluar

dikemaskini Senator Australia Nick Xenophon telah ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan sedang menunggu untuk dihalau keluar kerana didakwa menjadi "musuh negara".

Xenophon, yang tiba di KLIA awal pagi ini, ditahan pihak imigresen sejak beberapa jam yang lalu.

Xenophon dijadualkan untuk bertemu dengan ahli-ahli parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz mengenai isu-isu pilihan raya. -mk

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... ADA MATA KEPALA TAK MAHU ORANG LUAR TAHU TENTANG PILIHAN RAYA.... kah kah kah..
kah kah kah... SENATOR INI NAK BINCANG HAL PRU13...kah kah kah..
kah kah kah..ADA APA NAK SOROOOOK?.... kah kah kah...
kah kah kah....INI MESTI NAK SOROK PENIPUAN?.... kah kah kah..

TIPU PILIHAN RAYA
TURUN JALAN RAYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan