29 Januari 2013

TERPANAS....Kerana PULUS, Ustaz Pun BUNGKUS...!!!



Dengan Wang, Yang Bergelar Ustaz Pun Boleh Gugur....

Akhirnya Nasaruddin Mat Isa digugurkan dari Majlis Syura Ulama PAS. Sudah empat tahun Tulang Besi mendedahkan bagaimana Nasa serta kuncu2 nya berusaha membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan berpadu dengan UMNO.

Ketahuilah wahai pembaca sekelian. Fitnah wang ringgit serta keduniaan ini bukannya satu fitnah yang kecil.
Dan tidak kira siapa kamu, samada kamu penjual surat kabar, peniaga barang pasar, pembuat bakul, pekedai runcit, petani, nelayan dsbnya kamu pasti lemah apabila wang ringgit dilayangkan di hadapan kamu.




Bukan setakat orang biasa sahaja, tapi mereka yang bergelar alim ulama yang mempunyai ijazah dari Jordan serta fasih berbahasa Arab juga boleh lemah gemalai apabila wang dilayangkan di hadapan mata mereka.

Janganlah kita ingat apabila seseorang itu lulus dari Timur Tengah maka orang itu kebal dari segala fitnah dan godaaan syaitan.

Kadang-kadang orang cacat yang kerja meminta sedekah dan menjual pensil serta tisu adalah lebih mulia dari seorang yang mempunyai PhD dari Al Azhar.

Tulang Besi mendapat maklumat sewaktu Tan Sri Khalid Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil Ijuk, ahli PAS yang menjadi wakil calon beliau telah didatangi beberapa orang dari parti lawan.

Orang-orang itu menawarkan wang yang banyak serta sebuah helikopter yang akan membawa beliau kemana sahaja. Janji beliau tarik diri dari menjadi wakil calon. Apabila beliau tarik diri, maka secara otomatik pencalonan Tan Sri Khalid Ibrahim terbatal dan calon BN menang tanpa bertanding.

Namun, pakcik yang cacat itu menolak sama sekali dan memberitahu beliau lebih rela hidup cacat dan miskin dari menerima wang rasuah tetapi kelak dibakar api neraka.

Iman itu adalah mutiara. Yang dapat menghadapi ujian dan cabaran seperti ini adalah mereka yang benar-benar beriman kepada ALlah dan Hari Akhirat.

Tidak kira orang itu penjual kacang putih ataupun pemegang PhD dari Al Azhar. Yang penting adalah imam bukan kelulusan.

Kalau hati penuh dengan iman, maka kamulah yg layak diberi amanah kepimpinan.

Atas sebab itu Tulang Besi rasa amat kesal sewaktu Pemilihan Pemuda PAS tahun lepas. Label ulama dijual dengan sebegitu murah sekali demi memenangkan calon2 dari kem pro PERPADUANG. Sedangkan yang digelar ulama itu bukan layak pun digelar ulama. Tapi mereka tidak kira. Terus menerus menggunakan label ulama untuk menipu perwakilan pemuda bagi mengundi calon mereka.

DIlaporkan oleh orang2 yang rapat dengan arwah Presiden PAS dahulu, bahawa arwahnya pernah berkata di dalam PAS ini, golongan ulama lah yang lebih banyak belot kepada perjuangan Islam.

Biasanya golongan bukan ulama atau professional lah yang paling setia dan istiqamah dalam PAS.

Lihatlah contoh seperti Haji Subky Latif (wartwawan professional), Tn Syed Ibrahim ( peguam), Salahuddin Ayub, Haji Mat Sabu, Haji Mahfudz Omar, Haji Husam Musa, Arwah Dr Abbas Alias, Dr. Hatta Ramli, Dr Lolo Ghazali, Dr Mariah Mahmud bapanya, Hj Muhsinun Tahir, Zulkifli Sulong dan banyak lagi.

Kalau ada professional dalam PAS yang belot pun adalah Haji Suhaimi Said yg sekarang ni dah masuk PKR, Malek Husin yg belot pada PAS tapi skrg ni jadi aktivis PKR, Hasan Ali yg kena tendang dari PAS, Zin Mahmud yg jadi penulis di Utusan.

Malahan L Mankadir Syamsi pun sudah aktif semula dalam PAS walaupun pada satu masa dia berehat sebentar dan menumpu perhatian kepada pembuatan drama. Tulang Besi pernah berdemo dengan L Mankadir Syamsi di Masjid Bangsar satu masa dahulu.

Akhir kata, jadikanlah pemergian Ustaz Nasa ini satu iktibar. Bahawa godaan dunia ini satu godaan yang cukup besar. Sesiapa sahaja boleh kalah dengan godaan dunia tak kira dia tok guru, ustaz lulusan Jordan, pemain bola sepak, artis dsbnya.


Jangan kita pandang remeh dengan godaan dunia walau satu saat. Atas sebab itu lah Allah SWT dalam Al Quran memberi penerangan yang jelas tentang bagaimana dunia ini akan dihancurkan oleh Allah SWT pada Hari Kiamat kelak.


Ia sebagai peringatan kepada kita bahwa dunia yang kita tatang dan agungkan ini akan Allah SWT jadikan leper seperti lempeng dan akan hilang selama-lama nya.

Pada Ustaz Nasa, ingat lah. Bukan 10-15 orang yang kamu khianati. Malahan, ratusan ribu penyokong dan pendokong perjuangan Islam akan mengutuk dan memaki kamu serta mendoakan kebinasaan kamu.

Jgn lupa tu, wahai Nasa.

Dunia ini hanya sementara. Akhirat jua yang kekal selama-lama.


TULANG BESI

3 ulasan:

  1. muzium padi gunung kheyang29 Jan 2013, 1:18:00 PTG

    terserlah kemunafikannya!

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum... Aku memang setuju sangat ust. Nasha dipecat dr majlis syura... Tp,memang confirm ke pbuatan dia sebelum ni sebab wang?...

    BalasPadam
  3. Fasal duit tak pasti,
    Tak mau fitnah, HAKIKATNYA:

    Tubuh kecil ini bercita-cita besar,
    Mahu memimpin TAK MAHU DIPIMPIN,
    Ilmu yang manatap TIDAK DAPAT mentarbiah diri kerdil ini.

    Cakap berdegar-degar action tak ada...

    Amanah disiasiakan

    BalasPadam