25 Januari 2013

TERPANAS ! Kes polis belasah lelaki sampai mati...VIDEO KEJADIAN AKAN KELUAR....MACAM ADA ORANG NAK KANTOI..???.




Macam ada tak kena?  kenyataan dari Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab dalam satu sidang media di ibu pejabat polis malam semalam. Wa bukan peguam tapi andaian gua mana mungkin selepas tertuduh dilepaskan pada malam kejadian dia masih bergari, kedua mana mungkin dia pulang dalam keadaan berbogel....lihat gambar beliau masih bergari juga dilapurkan dalam bilik mayat masih bergari....huh memang penin kes nie....

wa harap andaian dan kenyataan pihak polis memang betul boleh tutup kes...
dari blog Ameno world  SINI dia kata ada rakaman video kejadian..kita tunggu dan lihat KEBENARANYA......  


Peguam: Tangkap dan gantung tugas polis terlibat dalam insiden mati bergari -tmi


KUALA LUMPUR, 25 Jan — Kematian C. Sugumaran mesti dikelaskan sebagai pembunuhan, gesa peguam kepada pengawal keselamatan tersebut hari ini, menolak penjelasan oleh Polis Kajang dan Hospital Serdang yang mengatakan mangsa berusia 39 tahun tersebut berpunca daripada serangan jantung.

Kedua-dua peguam PKR, N. Surendren dan Latheefa Koya juga mahu anggota polis yang terlibat dalam membelasah lelaki tersebut pada Sabtu ditahan dan digantung tugas memandangkan siasatan masih tertangguh dan juga bedah siasat kedua.

“Kami juga menggesa IGP (Ketua Polis Negara) untuk membenarkan dan mengendalikan bedah siasat kedua semasa mayat mangsa masih ada.

“Sehingga bedah siasat dilakukan dengan telus, keluarga mangsa tidak akan menuntut mayat mangsa,” kata kedua-dua peguam dalam satu kenyataan hari ini.

Polis Kajang telah menafikan membelasah pengawal keselamatan hingga mati, mendakwa hasil bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat serangan jantung.

“Sekitar 6.30 petang semalam, balai polis di Batu 14 Hulu Langat menerima panggilan daripada seorang lelaki Melayu mengatakan seorang lelaki India telah mengamuk dan merosakkan harta benda awam,” kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab dalam satu sidang media di ibu pejabat polis malam semalam.



Surendren (dua dari kiri) menolak cerita oleh pihak polis tentang kematian Sugumaran. 

Beliau menambah tiga orang anggota polis dalam sebuah kereta peronda dan bermotosikal mengekori Sugumaran yang berjalan kaki hampir dua kilometer daripada Dusun Sri Nanding ke Taman Lagenda Suria di Hulu Langat, tetapi kemudiaannya mereka diserang dengan sebatang besi dan merosakkan pasu bunga dan wayar elektrik tetapi tiba-tiba rebah di atas jalan.

“Polis dibantu orang ramai kemudiaan menahannya dan menggari lelaki tersebut namun mangsa bertindak ganas dan cuba bergelut semasa ditahan,” terang Abdul Rashid yang menegaskan orang ramai tidak menyerang Sugumaran.

Beliau kemudiaan berkata anggota polis kemudiaan memanggil sebuah pacuan empat roda untuk membawa Sugumaran yang bersaiz besar ke balai polis.

“Tetapi semasa pulang, lelaki India tersebut tidak sedar diri. Polis kemudiaan menghubungi hospital dan pegawai perubatan datang dan mengesahkan kematiannya,” kata Abdul Rashid.

Pegawai polis tersebut menjelaskan hasil bedah siasat yang dilakukan oleh patologi Dr Mohd Azaini Ibrahim dari Hospital Serdang semalam dari 3.30 petang hingga 8.30 malam mendapati Sugumaran mati kerana serangan sakit jantung.“Tiada kecederaan lain menyebabkan kematian mangsa,” kata Abdul Rashid.

Walaubagaimanapun, Surendren dan Latheefa menolak cerita oleh pihak polis tersebut dan menegaskan selagi polis tidak mengambil keterangan daripada saksi, mereka tidak boleh dengan tergesa-gesa menolaknya sebagai serangan dan salahlaku.

“Kenyataan ini sama sekali menunjukkan polis cuba menyembunyikan sesuatu dengan bantuan daripada Hospital Serdang,” kata mereka berdua.

Mereka menambah ia adalah suatu yang tidak “munasabah” mengatakan Sugumaran mati kerana serangan jantung kerana lelaki tersebut tidak mempunyai masalah kesihatan.

Mereka juga berkata semasa dibenarkan untuk melihat mayat mangsa, Sugumaran masih lagi bergari dan mukanya dipenuhi dengan serbuk kunyi, serta kesan calar yang menunjukkan pergelutan dengan polis masih kelihatan.

“Cubaan polis untuk melepaskan diri dengan mengeluarkan kenyataan palsu merupakan kesalahan yang serius serta melanggar prinsip keadilan,” kata mereka berdua lagi.

Malahan, kedua-dua peguam tersebut juga mendakwa ia bukan kali pertama pihak Hospital Serdang berpakat dengan polis kerana sebelum ini pernah melakukan perkara sama dalam kes kematian dalam tahanan, A. Kugan.

Mereka mendakwa pihak hospital tersebut melanggar etika perubatan apabila menghalang keluarga Sugumaran daripada melihat mayat mangsa sehinggalah mereka membenarkannya empat jam kemudiaan selepas didesak oleh aktivis dan peguam.

Semalam saksi mendakwa anggota polis bersama-sama 20 orang yang berada berhampiran telah membelasah Sugumaran hingga mati.

“Polis memijak leher Sugumaran,” kata R. Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang semalam.

“Dua puluh ke 30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring dengan tangannya bergari di belakang,” tambah Moohanarajan yang merupakan jiran Sugumaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan