21 Januari 2013

TERKINI ! UTUSAN BAKAL BANKRAP...KALAH SAMAN ANWAR RM50J...!!!


Anwar menang saman terhadap Utusan

 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia.

Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Hakim Singham berkata, Utusan tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.

Sedangkan katanya, defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” katanya.


“Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif,” kata Hakim Singham.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Hakim Datuk V T Singham mengarahkan kos sebanyak RM45,000 dibayar kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Mahkamah juga menetapkan 15 Februari ini untuk menentukan ganti rugi kepada Anwar.






(Laporan menyusul)

5 ulasan:

  1. Ibrahim Ali cepat kerah ahli2 Perkasa kutip derma. Ahli perkasa aja ada 500K org. Klau sorang singit dah RM500K. Klau 10 hingit dah RM5 juta, Klau 100 hingit dah RM50 juta. Itu cuma kutipan dari ahli pekasa aja...Klau camni, UTUSAN tak takutlah berapa banyak pun saman sebab Perkasa pasti tlg cover...

    BalasPadam
  2. Kawe sokong usul ni..brahim..mu beghi manyok sikit.mu amik dari bujet kain batik tu.

    BalasPadam
  3. Tak lama lagi papa kedana lah.... nak bayar gaji staff cukup ke?????, woi tutup kedai lagi baik lah..... staff kerja teruk, dpt untung bayar saman,padan muka.....

    BalasPadam
  4. kakitangan utusan jika gaji x naik atau tiada bonus tahunan xpe lah nak wat camne, dah ketua2 kamu setuju nak wat camni jadi trima aje lah hakikat nya...sbb fitnah ni dah jadi satu Budaya dlm utusan walaupun ada Ayat2 Al Quran yg memberi tahu bahawa Dosa Fitnah tu amat besar dan Dahsyat balasan nya tp ada ramai manusia yg mempersetankan hukum Allah ini.

    BalasPadam
  5. Padan muka.......jangan suka fitnah sesiapa pun....ikut perasaan memakan diri...ikut hati binasa...nak telan susah nak buang susah.....susah..susah saja....jadikan AL QURan sebagai panduan...jangan aib kan sesiapa. Fitnah itu sahabat iblis.....jangan percaya kata2 iblis......wasalam. malaysia tanah air ku..diberkati ALLAH S.W.T ...selagi tidak timbul fitnah.....

    BalasPadam