Oleh: Mummy Rokiah (blogger pro UMNO)
PRU 13 sudah hampir. Bila-bila masa dari sekarang Parlimen boleh dibubar. Kalau diperumpamakan pisang ianya sudah tersangat ranum dan bila-bila masa boleh diramas-ramas untuk dibuat cucor kodok.
Pengerusi BN negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dengan tegas memberi amaran pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi supaya berhenti mengadu domba, bercakaran dan berbalah sesama sendiri.
Semua ini jelas membuktikan bahawa krisis dalaman bahagian-bahagian UMNO di Kedah masih berterusan, kritikal dan porak peranda. Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri masing-masing sedang memasang angan-angan bercita-cita tinggi untuk menjadi wakil rakyat.
Mereka dibuai mabuk untuk berkuasa kerana ‘over confident’ bahawa PAS akan kalah dalam PRU13 nanti. Apa yang sedang berlaku cuba ditutup dari pegetahuan Presiden Parti DS Najib. Mereka akan berasak-asak mencium tangan DS Najib setiap kali lawatan DS Najib ke Kedah konon untuk tunjuk ‘everything is OK boss’. Tetapi semuanya ibarat bangkai gajah yang sudah tidak boleh ditudung lagi. Tudung kepala nampak kaki,tudung kaki nampak gigi.
Menurut maklumat sahih masih terdapat bahagian UMNO di Kedah di mana perbalahan di antara Ketua Bahagian dengan Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Penerangan, Ketua Wanita, Ketua Puteri begitu parah sekali ‘bagai tongkang nak pecah’. Masing-masing mengheret penyokong masing-masing ke majlis anjuran masing-masing. Masing-masing mendabik dada masing-masing konon namanya akan diumum menjadi calun dan tidak dapat tidak semua mesti sokong beliau dari sekarang.
Malah ada yang mendabik dada konon dialah yang bakal menjadi calun kerana kawan rapatnya adalah menteri kabinet yang disayangi presiden parti dan setiap majlis beliau dihurung seperti semut menghurung gula. Malah yang mengharubirukan lagi kedengaran kata-kata di belakang bahawa akan ada segelintir penyokong si anu bin si anu akan melancarkan boikot secara halus jika ketua mereka yang mereka tatang bagai ‘tokong hindu’ itu tidak disenarai sebagai calun PRU13 yang akan datang. Mereka lupa bila tongkang pecah kata Yus Jambu Maharajalawak Mega ‘apa pun tak dapat’. Ibarat peribahasa Melayu ‘Jong Pecah Yu Kenyang’.
Sinario hari ini, hakikatnya banyak aktiviti dan program yang dianjur oleh Bahagian-Bahagian UMNO di Kedah tidak mendapat sambutan langsung dan keseluruhan yang hadir hanyalah muka yang sama, kumpulan yang sama dan kelompok yang sama, bertepuk sorak syok sesama mereka sahaja.
Menurut maklumat lagi untuk mengumpul 300 orang pun susah di dalam program ceramah yang dianjur UMNO. Malah di kalangan mereka sendiri pun ada yang tidak hadir kerana boikot dan tidak sebulu dengan jawatankuasa yang menganjurkan. Hanya apabila ada aktiviti yang melibatkan Presiden parti dan Timbalan Presiden parti maka berduyun-duyunlah rakyat hadir untuk mendengar apa pula pengumuman bantuan baru yang bakal digula-gulakan.
Berbeza dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan NGO yang lebih mendapat sambutan dan ikhlas berjuang untuk agama Islam dan bangsa tanpa mengharapkan habuan. Tetapi yang menyedihkan aktiviti-aktiviti NGO ini seringkali dijauhi oleh kumpulan-kumpulan UMNO ini malah aktiviti mantan PM Tun Mahathir di Kedah pun mereka tidak hadir kerana Tun sudah tidak berkuasa lagi untuk mengumumkan gula-gula.
Sebaiknya UMNO yang mendapat agihan peruntukkan yang banyak bagi menjalankan aktiviti harus menyokong usaha NGO-NGO ini. Mereka harus sedar segala aktiviti-aktiviti NGO yang mendedahkan kepincangan pembangkang ‘milage’ politik itu akhirnya adalah kepada parti UMNO dan memenangan untuk parti mereka juga.
Ramai yang meluahkan komen kata meraka kalau mengharapkan UMNO bergerak 'habuk pun tak ada', mereka masih tak habis-habis bertokak sesama sendiri. Sehinggakan isu kalimah Allah yang diperolok-olokkan dan dimanipulasikan oleh DAP pun mereka gagal menjadi juara untuk mempertahankannya.
Yang sebenarnya hampir 80 peratus Bahagian UMNO di Kedah tidak membuat kerja hanya gila mengejar kuasa. Jika DS Najib hanya melihat pimpinan bahagian sebagai ‘winnable candidate’ bermakna DS Najib juga buta dan tuli.
Ramai yang meluahkan komen kata meraka kalau mengharapkan UMNO bergerak 'habuk pun tak ada', mereka masih tak habis-habis bertokak sesama sendiri. Sehinggakan isu kalimah Allah yang diperolok-olokkan dan dimanipulasikan oleh DAP pun mereka gagal menjadi juara untuk mempertahankannya.
Yang sebenarnya hampir 80 peratus Bahagian UMNO di Kedah tidak membuat kerja hanya gila mengejar kuasa. Jika DS Najib hanya melihat pimpinan bahagian sebagai ‘winnable candidate’ bermakna DS Najib juga buta dan tuli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan