27 Januari 2013

Panas ! Patut Najib Sembang Kencang Di Davos...Ada Pelabur Lari Di Malaysia...



Walau pun berhadapan suhu sejuk yang membeku, Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus mengharunginya di sini mengikut jadual yang ketat sepanjang penyertaannya pada World Economic Forum (WEF) yang berprestij tahun ini, yang bermula hari ini.

Najib, yang akan menghadiri WEF sebagai Perdana Menteri bagi pertama kalinya, akan melakukan lebih 10 kunjungan hormat terhadap para pemimpin asing, pertemuan bersemuka dengan para pemimpin perniagaan serta pertemuan dua hala.

Duta Malaysia ke Switzerland Datuk Ho May Yong berkata Perdana Menteri dijemput oleh Pengerusi Eksekutif WEF Prof Klaus Schwab bagi menghadiri forum itu untuk berkongsi kemajuan transformasi Malaysia.

“Perdana Menteri memutuskan untuk menerima jemputan itu,” katanya kepada para wartawan Malaysia yang meliputi acara itu, lewat semalam, di pusat peranginan itu, yang mengalami suhu di bawah paras beku, angin sejuk dan keadaan berkabus.



 Pelabur Terbesar Rapid Pengerang Tarik Diri





Firma minyak dan gas dari Jerman, Badische Anilin und Soda Fabrik (BASF) menarik diri dari projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.

Setiausaha Gabungan NGO Pengerang (GNP), Kapten Hasnul Ahmad, berkata BASF selaku pelabur terbesar projek kontroversi berkenaan, menarik diri kerana memikirkan reputasi syarikat pada masa depan.

“Isu alam sekitar, pemilikan tanah dan kampung warisan punca BASF tarik diri. Isu Rapid bukan saja jadi isu nasional tapi sudah menjadi isu dunia.

“Mungkin tak tahan dengan tekanan dan himpunan (anti-Rapid), (maka) BASF tarik diri,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Beliau juga menyifatkan penarikan syarikat berpangkalan di Eropah itu sebagai kejayaan rakyat hasil tekanan badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan dan sokongan Pakatan Rakyat.

BASF pada kenyataan rasmi 21 Januari lalu membuat pengumuman rasmi untuk menarik diri dari projek yang dianggar bernilai RM60 bilion itu.

Perjanjian Utama (HOA) ditandatangai kedua-dua pihak pada 5 Mac 2012 dengan BASF melabur RM4 bilion dalam projek Rapid.

Mengikut terma perjanjian, sebuah entiti baru akan ditubuhkan dengan BASF memegang 60 peratus kepentingan manakala Petronas 40 peratus yang kini mencari rakan niaga baru.

Kedua-dua pihak merancang untuk memiliki, membangun, membina, mengoperasi fasiliti pengeluaran produk petrokimia di Rapid.

Pada kenyataan media itu, Hasnul bagaimanapun kesal berikutan kerajaan Johor langsung tidak membuat pengumuman rasmi berhubung penarikan syarikat berkenaan.

“Itu tanggungjawab mereka. Sepatutnya buat pengumuman kerana rakyat ialah pemilik kepentingan,” kata Hasnul. -KD






Tiada ulasan:

Catat Ulasan