BERITA TERKINI :
FAM mengumumkan, Norhsharul Idlan hanya perlu membayar jumlah tebus kontrak sebanyak RM299,000 yang telah dilangsaikan. Kes ditutup. twitter 12.00am 10/1/13
Norshahrul perlu lunas lebih RM1j kepada KAFA
KOTA BHARU - Tidak kurang daripada RM1 juta. Itulah jumlah yang perlu dilunaskan penyerang Johor Darul Takzim FC, Norshahrul Idlan Talaha kepada bekas majikannya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi menyelesaikan segala kontroversi berhubung perpindahannya.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah itu adalah perkiraan beliau selepas mengambil kira pelbagai faktor iaitu penamatan kontrak, yuran perpindahan dan pinjaman yang diberikan KAFA kepada penyerang itu
Jelas beliau, kontroversi yang melanda pemain itu sepatutnya tidak timbul jika setiap peraturan telah dipatuhi memandangkan pemain itu sendiri yang berniat mahu menamatkan kontraknya 13 bulan lebih awal.
"Apa yang kita politikkan mengenai isu ini, saya bukan dua hari jaga bola. Pemain kita berpindah, ada bayaran perpindahan. Bila pemain menamatkan kontrak lebih awal, ada pampasan, bila pemain berpindah, sebelum dia main dengan pasukan lain, dia kena dapatkan sijil perpindahan dan satu dunia tahu peraturan itu.
"Dalam kes Norshahrul terdapat dua isu iaitu mengenai perpindahan dan penamatan kontrak. Kita telah rujuk dan Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah buat keputusan dia boleh pindah kerana kita tak bantah tapi, kita akan pertahankan hak-hak kita termasuk dalam jumlah bayaran perpindahan dan sebagainya," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian bonus dan hadiah kemenangan kepada para pemain yang berjaya menjulang Piala Malaysia dan kejuaraan treble musim lalu di Ibu pejabat Lembaga Pembangunan Pertanian Kemubu (KADA) di sini semalam.
Annuar menaruh keyakinan masalah itu akan selesai memandangkan ada beberapa kes yang boleh dirujuk antaranya apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berjaya menyelesaikan kes melibatkan tuntutan kelab Al-Ahly dari Mesir dan FC Sion dari Switzerland.
Katanya, penamatan kontrak 13 bulan lebih awal melibatkan jumlah melebihi RM300,000 manakala yuran perpindahan seperti yang ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman mudah yang diberikan KAFA dan insentif serta kerugian ekoran penarikan penajaan juga perlu diambil kira.
"Apakah bayaran RM250,000 yang mahu diberikan oleh Norshahrul kononnya sebagai yuran perpindahan seperti yang diumumkan oleh pihak-pihak tertentu itu sudah memadai?
"Sudah tentu ia sama sekali tidak betul dan jika rujukan FIFA diambil kira, kos tersebut juga melibatkan kontrak lama dan kontrak baru pemain tersebut dengan pasukan baharu," ujarnya.
bereh bos!..... jual tanah-tanah iskandar kepada cina-cina singapore, hong kong, taiwan ....!!!!!!!!!
BalasPadam